Jumaat, 5 Jun 2009

Hari-hari yang sibuk...


Walaupun cuti pertengahan persekolahan 2009 udah bermula. (29 Mei-14 Jun 2009). Tapi kami sekeluarga tidak kemana-mana lagi takad ni.

Cadangan awal teman akan ke Melaka, menyertai Jambori Melaka Warisan Dunia tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Orang tua teman diserang kembali penyakit lamanya.. serangan jantung tetapi alhamdulillah sehingga kini masih dalam kawalan. Penyakit ini datang tiba-tiba so ini menyebabkan teman tidak berapa sedap hati nak bergerak jauh.

Harmonik teman Shafiq Izzuwan pula bakal mengambil peperiksaan UPSR tahun ini.. di sekolahnya ada mengadakan kelas tambahan di minggu pertama ini so kami sekeluarga beri perangsang dan sokongan penuh kepada beliau untuk mengulangkaji pelajaran. Minggu depan baru seronok nak berjalan.

Jadi minggu ni teman jadi suri rumahtangga sepenuh masa la…..pagi siapkan sarapan. Tengahari tanak nasi… lauk tunjuk (beli le...) , hehehe
p/s: rupa-rupanya teruk juga jadi suru rumahtangga ni, mengemas, menyapu, memasak, sidai kain dll patut la surirumah ni suka membebel... apa kata anda???

Tiada ulasan: