Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT MASUK KE ALAM PERSEKOLAHAN



MUHAMMAD SHAFIQ IZHAM BIN KHAIRUL

Pada 4 Januari 2010 ini bermulalah sesi Persekolahan Tahun 2010. Sehubungan itu, pagi tadi 31 Disember 2009, Sekolah Kebangsaan Chepor telah mengadakan satu program pendaftaran dan sesi suaikenal bagi murid Tahun 1 / 2010. Ramai ibubapa dan murid yang hadir.

Dari pengamatan teman, murid Tahun 1 yang hadir pada hari ini, semuanya dalam keadaan yang bersedia untuk menempuh alam persekolahan. Mana tidaknya dari riak muka mereka semuanya ceria. Tidak ada rasa takut dan tidak ada yang menangis jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu.

p/s: Bapaknya dulu, hari pertama sekolah terkencing dalam seluar...hehehe

Sabtu, 26 Disember 2009

KONVOI....SYOKNYA TAK TERKATA ! ! !

We are ready
Pertemuan singkat ngan rakan Changlun


Sempadan Kedah / Perlis





Kagum dengan sambutan rakan perlis


Terima kasih Daun Keladi Pak Halim 9w2hzb


Chif konvoi 9w2nim - Naim





Kenangan di Base 9w2hzb













Grand Eyeball




Sarapan di Kuala Kedah



Istana Kayang















Ladang Gula Chuping






Gambar Kenangan di Base 9w2sli & 9w2npl
Terima kasih Daun Keladi

Last Eyeball di Base 9w2aek, Kepala Batas
Terima kasih buat semua, terutamanya Jawatankuasa PARTS yang menganjur program, rakan-rakan diutara yang sudi bersama menyambut dan beramah mesra sesama keluarga yang jauh mau pun yang dekat. Tidak terkata dengan sambutan yang diberikan, Allah sahaja yang mampu membalasnya. Syukur Alhamdulillah.
p/s: Lepas ni nak ke mana yop ???

Jumaat, 18 Disember 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H/2009M

"Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah"



Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Insyaallah..


Doa Awal Tahun:
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Rabu, 16 Disember 2009

Welcome To National Heart Institute

Tanggal 15 Dis 2009, teman bertolak ke Kuala Lumpur menemankan ayahnda dan bonda untuk mendapat rawatan di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Ayahnda teman sejak kebelakangan ni agak kerap diserang serangan jantung. Tahun ni saja 2 kali masuk Wad di Hospital Taiping.
Pagi tadi 16 Dis 2009, adalah lawatan pertama beliau bertemu dengan Doktor Pakar. Banyak perkara yang perlu dilengkapkan, tambahan sekarang ayahnda teman sudah tidak berapa jelas penglihatannya disebabkan dek penyakit kencing manis dan darah tingginya.
Walaubagaimana pun tahniah diucapkan kepada semua warga IJN atas layanan dan perkhidmatan yang diberikan. Alangkah baik jika semua Kakitangan Hospital Kerajaan kita turut mengikut langkah Mesra Pelanggan yang diamalkan. "MESRA SELALU" & "BOLEH SAYA BANTU ANDA"





Letih beno nampaknya.... (adinda ke-3 teman)


Sempat juga bergaya depan SURIA KLCC

Alhamdulillah, menurut doktor pakar, ayahnda teman dinasihatkan untuk mendapat rawatan pertama pada 8 Jan tahun depan. Semoga Abah cepat sembuh...Kita hanya merancang Tuhan sahaja yang menentukan. Amin!

P/S: GPS teman betul-betul telah berjaya menunjukkan prestasinya... senang beno rasanya.

Sabtu, 12 Disember 2009

USM - See 'U' Next Year 2010



Pukul 4 pm kami tiba di tempat penginapan, RECSAM, Penang. Bilik yang agak selesa untuk pemain dan kami.
Esok paginya kami melapor diri dan mendengar taklimat dari urusetia di Kolam Renang, USM yang berhampiran.
Diapit oleh 2 Jurulatih yang bekerja keras untuk SK Chepor. Cikgu Akmal dan Cikgu Jimee(Old boys Chepor). Yang tengah tu ... Team Manager SK Chepor.

Taklimat Pesta kepada semua Jurulatih dan Manager di Kolam Renang, USM


Sesi Pendaftaran berjalan dengan lancar, tahniah kepada semua warga kerja pesta.




Pasukan Hoki Perempuan Bawah 12 Tahun , Sekolah Kebangsaan Chepor 2009


Pasukan Hoki Lelaki Bawah 12 Tahun, Sekolah Kebangsaan Chepor 2009


Jualan di tapak Pesta... Cari kayu baru keee...


Eh! ade tak gambo kiteeee...


Beli jangan tak beli...
Walaupun kami pulang dengan kehampaan, tetapi tidak dengan tangan kosong. Ilmu dan pengalaman yang ditempoh tak kan dapat dilupa...
p/s: Bila la gamaknya nak 'pekena' lagi Nasi Kandar 'Line Clear' heheheh..