Ahad, 23 Ogos 2009

SIMPANG MAUT, BANDAR MERU RAYA, JELAPANG

Jalan Jelapang ke Chemor terdapat satu Simpang tiga untuk susur masuk ke Lebuhraya Utara Selatan melalui Bandar Meru Raya. Sememangnya dan sudah sepatutnya didirikan Lampu Isyarat. Masuk ini dah berpuluh kemalangan berlaku, kejadian terbaru pagi tadi kira-kira jam 10.00 pagi. Melibatkan sebuah kereta Proton Saga dengan sebuah kereta Kancil. Sememangnya simpang tersebut agak sibuk dengan kenderaan yang keluar masuk dari Lebuhraya Utara Selatan dan kenderaan yang bergerak terus dari Chemor ke Jelapang.
Kami persatuan penduduk Bandar Meru Raya sejak 5 tahun dahulu telah memohon Lampu Isyarat tersebut tetapi dikatakan masih belum berkepentingan untuk mendapatkan Lampu Isyarat dikawasan ini...Mungkin apabila terkena kepada keluarga dan sanak saudara mereka baru dikatakan kawasan tersebut merbahaya.
p/s: Diharap pihak yang berwajib dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Atau perlu dipanggil Karam Singh Waliah (TV3) baru nak bertindak?? @#%$^&&

Sabtu, 22 Ogos 2009

Portal JAKIM : Fadilat Solat Terawih Palsu

Fadilat Solat Terawih Palsu daripada JAKIM Terengganu.



Memang tidak disangkal lagi, Solat Terawih tidak dapat dipisahkan dengan bulan puasa. Namun disebalik solat sunat ini, terdapat juga hadis palsu yang berbunyi:

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
Dan seterusnya.

Untuk pengetahuan bersama, hadis ini telah dimansuhkan oleh pihak JAKIM Terengganu. Soalan ini pernah diajukan kepada tokoh-tokoh agama tanahair. Setelah disiasat dengan teliti (oleh orang yg lebih arif tentang agama), hadis ini tidak ada di dalam Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi.

Walaupun di dalam bulan puasa ini kita sibuk mengejar amalan, tetapi kita harus beringat, setiap ibadah yang kita lakukan ini, haruslah dibuat dengan penuh rasa ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Oleh itu, saya mengusulkan berita ini diperhebahkan lagi melalui blog, forum atau Fave It (di Negaraku) agar kita semua dapat mengambil iktibar. Semua yg baik itu datang dari Allah, yg jahat itu, memang confirm aku lah.

“Sesiapa yang berdusta ke atasku (menggunakan namaku) dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

Amin.

Isnin, 17 Ogos 2009

Lagi Mangsa Buang Anak Ditemui..


17 Ogos 2009- Bandar Meru Raya. Malam tadi sekitar jam 11:35 malam ketika teman sibuk mencari Buku Ringkasan Mengajar dalam kereta teman (Baru nak tulis untuk esok punya lesson).. Kedengaran bunyi seperti bayi menangis. Ah! sudah sapa pulak yang buang bayi dalam kereta teman....#!/>*$%???

Diberanikan diri, dengan segera teman ambil lampu suluh. Alhamdulillah...Setelah diselidik didapati empat ekor anak kucing (mata masih belum buka lagi) kat dalam kereta teman. Masa bila pulak mak kucing ni beranak??? Mungkin dia beranak hari jumaat petang atau malam. Sebab teman ke Bukit Mertajam, Sabtu lepas... cermin kereta dinaikkan. Nasib baik semuanya selamat.. tapi habis kapet kereta dan kertas minit mesyuarat teman penuh darah.. maklum lah orang beranak la katakan... Buat masa ni tak boleh cuci lagi kata orang nanti mak kucing ni merajuk dan akan pindah ke tempat lain. Comel jugak anak-anak kucing tu... ada putih, tompok, belang dan hitam. Harmonik teman tak tau lagi ni... tentu depa suka dapat kawan baru .. hehehe
Bila dah habis teman tangkap gambo anak kucing tu, toleh kebelakang rupanya ada mak nya. Semacam je tengok teman. Ingatkan orang buang anak rupanya dia tompang beranak. Masuk ni dah tiga kali kucing beranak kat dalam kereta teman ni. Depa ingat BS776 ni Bilik Bersalin keee!!
4 beradik- sapa yang beranak dulu... minah ke dol????
Mak dia datang daaa....


Kasih sayang ibu dan anak tidak dapat dipisahkan.

p/s: Apa pun tu la, kucing pun pandai jaga anak tapi manusia kini sudah semakin jahil dan kerap kita dengar buang anak... Apa nak jadi...apa dah jadi...

Ahad, 16 Ogos 2009

Dah jumpa dah..




Pagi tadi sempat juga ke Stadium Indra Mulia, Ipoh bersama 2 harmonik teman Along & Angah. Yang lain tak nak ikut bila diceritakan keadaan kat dalam dewan tu... sebab tahun lepas depa dah ikut dan dah serik nak ikut. Orang punya lah ramai nak jalan pun payah macam ulat t**k.


Berkenan pulak ngan gajet ni SONY DSC-W180 harga sama je ngan kedai.. tapi banyak free giftnya. Kenapa teman pilih jenis Sony ni ? Sebab Camara DSC-S40 (beli tahun 2006) teman yang lama dah rosak.. (tu yang dalam blog tak de gambo...) dah anto service central, lens nya kalo diganti RM3xx... kalo gitu baik teman beli baru. Memory stick 2 gb teman baru beli awal tahun ni. Mahal pulak tu RM 90.00 , jadi kena la ambik brand Sony jugak agar tidak membazir.


p/s: Sambar ape tadi yek... Camara DSC-W180 (handfone SONY ERICSSON free, towel, casing, tripod, olympus travel kit, lcd protection), Computer fan, Pendrive 4gb, multimedia speaker dan bluetooth usb adapter.

Isnin, 10 Ogos 2009

BULAN OGOS- DEMAM KEMERDEKAAN KEMBALI

Tema hari kemerdekaan ke-52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia.

Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Tema, logo dan lagu bagi sambutan kemerdekaan ke 52 ini sebenarnya berasaskan slogan dan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.


Satu Malaysia
Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan
Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Satu Malaysia untuk semua
Ciptaan:
Nik Nizam dan Errie Naham
lirik:
Lokman Ghani.

Ahad, 9 Ogos 2009

International Lighthouse / Lightship Weekend 2009

"International Lighthouse Lightship Weekend 2009" adalah event antarabangsa, dimana Operator Amateur Radio akan mengadakan Station di Rumah Api dan cuba menghubungi Station Amateur Radio di Rumah Api yang lain diserata dunia.

Acara ini akan berlangsung pada hujung minggu ke-3 di bulan Ogos. Bermula jam 0001 UTC hari (Sabtu) dan tamat pada jam 2359 UTC (Ahad).
Tarikh Acara: 14 Ogos 2009 (Jumaat) hingga 16 Ogos 2009 (Ahad)

Objektif acara ini adalah untuk promote kepada orang ramai tentang kesedaran dan peranan Rumah Api. Mengapa perlu kita menjaga dan mengekalkan Rumah Api. Selain daripada mempromote amateur radio kepada orang awam, ia juga bertujuan mengeratkan silaturrahim dan persaudaraan serata dunia. Penyertaan terbuka kepada semua.

Lokasi Rumah Api Malaysia yang mengambil bahagian :
1. Rumah Api Fort Cornwallis, Penang
Callsign: 9M4LHP (Lima Hotel Papa) (05.25.21N, 100.20.70E)
WLOL#: WMA 004 & ILLW #: MY 0003 (old) MY 0004 (new)-
Station Master: 9M2BA - Azmi Abdullah -
Coordinator : 9M2RR - Abdul Rahim

2. Rumah Api Bukit Melawati, Kuala Selangor
Callsign: 9M4LHB (Lima Hotel Bravo) (03.20.48N, 101.14.70E)
WLOL#: WMA 005 & ILLW #: MY 0005-
Station Master: 9M2SQL - Abdul Mutalib-
Coordinator: 9W2SF - Syed Faisal

3. Rumah Api Bukit Jugra, Banting Selangor
Callsign: 9M4LHE (Lima Hotel Echo) (02.50.15N, 101.25.06E)
WLOL#: WMA 001 & ILLW #: MY 0006-
Station Master: 9M2JEN - Saiful Firdaus-
Coordinator: 9W2YR - Abd Rasid Ahmad Sidek

4. Rumah Api Cape Rachardo Tanjung Tuan, Port Dickson
Callsign: 9M4LHN (Lima Hotel November) (02.24.43N, 101.51.13E)
WLOL#: WMA 003 & ILLW #: MY 0001-
Station Master: 9M2QQ - Hans E Elhers-
Coordinator: 9W2PD - Rabindra

5. Rumah Api Bukit Segenting, Batu Pahat, Johor
Callsign: 9M4LHJ (Lima Hotel Juliet) (01.47.50N, 102.53.40E)
WLOL#: WMA 002 & ILLW #: MY 0008-
Station Master: 9M2NP - Narayanan (Thango)-
Coordinator: 9W2BUG – Jayakanthan

6. Rumah Api Tanjung Gelang, Kuantan Pahang
Callsign: 9M4LHC (Lima Hotel Charlie) (03.57.79N, 103.26.23E)
WLOL#: WMA 024 & ILLW #: MY 0002-
Station Master: 9M2TOT - Ibrahim Musa-
Coordinator: 9W2RZL – Rizal

7. Rumah Api Pulau Layangan, Sabah
Callsign: 9M4LHS (Lima Hotel Sierra) (06.00.11N, 116.03.46E)
WLOL#: EMA 018 & ILLW #: MY 0007-
Station Master: 9M6DJC – Christopher-
Coordinator: 9W6BOY - Daniel Haikal

p/s: maklumat lanjut boleh didapati dari :
http://www.mares.org.my/
http://illw.org/9-list.html (301 Light Houses Internationally) 1-9 Aug 09
http://illw.net/2009_list.htm (334 Light Houses Internationally) 15 & 16 Aug 09

Anda suka coca-cola?

Dipanjangkan info dari Malaysian Safety, Health, Environment & Halal Practitioner Site
Fakta seperti yang tersenarai di bawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sainskesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke: Coca Cola.
Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.
Macam pasukan SMART dan bomba kita tu,Harzadous Team.
Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya,adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini:
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekalidalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Cokedalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akanhilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badanboleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atauhakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang sajasetin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ?Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih.Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja besi mestisuka ni! Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulangbelakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,(bukan lori yang bawa Coke siap dalambotol/tin) pasti dilengkapi dengan tanda amaran"Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis:bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakishakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .
Tolong jangan letak atau parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan atau karat.Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.
Wahh...mesti buat overhaul ni!Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tukat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minumCoke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dan lain-lain. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga69.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.
Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun bolehgak) dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarhsecara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manisberperisa coke kot? Cubalah!
Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsaYahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah boleh confirm kot?
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju,buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga danlain-lain.
Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke ...
Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Artikel ini saya dapat daripada seorang rakan saya. Betul atau tidak kalau nak tahu bolehlah mencubanya. Saya pun belum cuba lagi. Yee lahh..terkejut juga bila tahu bendanya sebabkadang-kadang minum juga.
p/s: sama-samalah kita fikirkan...

Ahad, 2 Ogos 2009

iqso Indonesia 2009

Salam hormat, salam sejahtera, jumpa lagi di pagi Ahad ini... Nak kemana mana pun tak berapa ada mood hari ni. Maklum jelah pagi-pagi lagi hari ni dah hujan. Sedap je melepak atas katil.

Echolink iaitu QSO melalui net takat ni teman masih gagal nak connect dengan stesten lain kerana tak dapat setting yang betul lagi.

Lain yang dicari lain yang jumpa - Melalui rakan-rakan juga 9w2pck dan 9w2lim teman telah diperkenalkan dengan "iqso indonesia 2009". Kira okey jugak. Satu program yang dibangunkan serupa echolink boleh QSO dengan rakan radio amatur di serata Indonesia. Cuma bahasanya perlu diamati untuk QSL tentang apa yang diperkatakan.

Kepada rakan-rakan yang ingin mengembangkan lagi bidang radio amatur boleh cuba download program ni. Dan merasai pengalaman qso dengan rakan-rakan amatur dari seberang.
"iqso indonesia 2009" selamat QSO...

p/s: diakhir qso tidak ada "QRT, 73" hanya standby -ingat tu...

Sabtu, 1 Ogos 2009

JAMBORI DI UDARA (JOTA) WILAYAH ASIA PASIFIK KALI KE-5






















Selamat QSO kepada semua rakan-rakan pengakap seluruh dunia, semperna JOTA APR 2009. Semoga jambori di udara ini akan lebih mengeratkan tali persaudaraan dan persahabatan diantara semua masyarakat sejagat bukan sahaja di negara kita, Malaysia, Wilayah Asia Pasifik bahkan kepada dunia. Dengan menyatakan kasih sayang sesama insan dan jauhi lah penindasan dan peperangan.

Tarikh mula: 1 Ogos 2009 (Sabtu) - 12 tengahmalam
tarikh tamat: 2 Ogos 2009 (Ahad) - 5 petang

p/s: Tahniah kepada Station Master, JOTA APR, PERAK STATION. 9M2AZZ - Sdr. Azahar
Ade ke satu badge Jota APR untuk teman. Hehehe..