Isnin, 30 Disember 2013

Bekalan Pengajaran dan Pembelajaran 2014

1. Buku Persediaan Mengajar
2. Pendidik Bestari 2014 - Diari
3. Alat Tulis

Aktiviti Pagi Ahad - 21/3/2011












Pendaftaran Pra-Sekolah dan Murid Tahun 1 - 2014

30 Disember 2013- Hari ini adalah hari pendaftaran pelajar baharu pra-sekolah dan murid Tahun 1. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zaidi dan diikuti dengan Ucapan alu-aluan Guru Besar, SK Jati. Anak-anak yang hadir nampak ceria dan bersemangat, bukan macam 10 tahun dahulu... ramai yang menangis takut berpisah dengan ibu bapa. Kini dalam zaman sudah berubah, anak-anak lebih berkeyakinan dan tidak sabar untuk ke sekolah. 

Ucapan alu-aluan Guru Besar, SK Jati 




Sesi Pendaftaran Pra-sekolah

Para ibu bapa yang hadir, sedang mendengar taklimat.
Ujian Diagnostik, Tahun 1 sedang dijalankan...

Sabtu, 28 Disember 2013

Hari Pertama Melapor diri ke SK Jati, 30020 Ipoh

Jam 8.00 pagi, aku melapor diri di Sekolah Kebangsaan Jati, Jelapang, Perak. Sekolah ini memang tidak berapa jauh dari rumahku, kira-kira 3.5 km sahaja.
Ini lah kali pertama aku bersua muka dengan Guru Besar, SK Jati - En Ahmad Zahudi bin Abdul Aziz. Menurut beliau, sebelum ke sekolah beliau lama di Jabatan Pelajaran Perak sebelum dilantik menjadi Guru Besar di sini. Orangnya peramah dan bercita-cita tinggi, agak lanjut juga kami bersembang (berkenalan) baru perasan ada satu mesyuarat pagi ini.

Kalau dahulu di SK Seri Tanjung, Tanjung Rambutan, staf 13 orang dan muridnya cuma 105 orang tapi di sini lebih kurang 55 orang dan muridnya dalam 670 orang.

Ini bermakna aku kena bertukar!!! Aku yang dahulu, bukan yang sekarang....


Jumaat, 27 Disember 2013

Akan ku merindui kamu semua....

Setelah genap 3 tahun bertugas di Sekolah Kebangsaan Seri Tanjung, 31250 Tanjung Rambutan, Perak (2011-2013) ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Jati, 30020 Ipoh, Perak. Aku kan sentiasa merindui kamu semua....