Isnin, 30 Mac 2009

PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KERIS PERAK DAN EMAS, DAERAH KINTA












Seramai 19 orang murid SK Chepor menyertai perkhemahan ini. Perkhemahan bermula 27 Mac 2009 hingga 29 Mac 2009. Bertempat di SK Pinji. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, semuanya telah berjaya melepasi syarat dan LULUS ujian lencana masing-masing.

Selesailah sudah satu lagi tugasan, terpaksa lari sana lari sini. Beginilah nasib seorang yang bergelar guru.

MESYUARAT AGUNG PARTS KE-3



Rakan-rakan Radio Amatur Negeri Perak diingatkan tidak menjadikan alasan untuk menggunakan pengulang (repeater) apabila mengajukan permohonan menjadi Ahli Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (PARTS).


Pengerusi PARTS 9W2SLJ berkata " yang penting disini ialah semangat setia kawan yang berteraskan keikhlasan menjadikan pertubuhan kuat dan utuh ".


Ikuti berita selanjutnya di blog 9w2ipt


Teman tak dapat tunggu hingga habis selesai AGM tersebut, kerana ada tugasan lain yang menunggu. Anak murid teman berkhemah di SK Pinji. Terpaksa mengadap deme pulak. Teman meninggalkan majlis jam 10.30 am. Selepas ucapan pengerusi - 9w2slj.
Teman setuju aje dengan apa saja cadangan dan aktiviti demi kemajuan persatuan yang tercinta.. "HIDUP PARTS"

Sabtu, 21 Mac 2009

KAYUHAN RAKAN COP IPD PERAK TENGAH


Pagi tadi berlansung Program Kayuhan Rakan Cop anjuran IPD Perak Tengah. Sempat juga teman ke sana bersama rakan-rakan meramaikan majlis disamping pameran radio amatur PARTS.

Sungguh meriah, lebih kurang 230 buah basikal terlibat dalam kayuhan pagi tadi. Semuanya bersemangat walaupun jarak kayuhan telah bertambah dari 40km ke 65 km. Syabas kepada semua peserta kayuhan dan tahniah kepada pihak penganjur. Insyaallah dilain masa teman akan turut serta..

















9w2yr - Pak Yop bersama jentera dengan gaya kayuhan yang mempersona.

TELUK BATIK, KAMI DATANG

19 Mac 2009- Hari Khamis
Semuanya bangun pagi, lebih awal dari biasa. Sebagaimana yang dirancangkan pagi ini kami akan ke Teluk Batik, Lumut. Agak lama tak ke sana.. 4 ke 5 tahun yang lalu kali terakhir kami sekeluarga berkelah dan bermalam di sana.
Harmonik teman no. 5 "Am" tanya kenapa tak ke Pulau Pangkor dapat naik fery. Terkedu jugak teman dengan soalan cupamas tu..
Sebenarnya tu lah.. banyak lagi tempat menarik ditempat sendiri 'Negeri Perak' ni yang kita belum lawati. Kita asyik pandang ke negeri lain pada hal kat negeri sendiri pun kita belum habis lawati. Seperti Pulau Pangkor, Kuala Wooh, Air Terjun Lata Kijang, Kellie's Castle, Tasik Raban dan banyak lagi. Nanti kita pi satu persatu okey. Am mengangguk faham, kira okey la tu.
Kami tiba di Chelet Impian kira-kira jam 12.00 tgh. Kenapa pilih Chelet ni??? Ha.. sebab chelet ni lah yang paling senang dicari. Malas nak pi satu-satu chelet tanya harga. Semuanya lebih kurang sama je... Apa yang penting ada tempat nak tido je, kita bukan nak lama sangat dalam bilik tu.. banyak masa kat luar.
Rupa-rupanya Chelet Impian dah bertukar pengurusan. Chelet ni telah diambil alih oleh Majlis Perbandaran Manjung, elok juga tu nampaknya banyak juga baik pulih yang sedang dijalankan. Cam tu lah.. nanti lagi ramai orang nak singgah. Apa yang penting pengunjung akan merasa lebih selesa dan selamat. Sebagai kakitangan Kerajaan dapat le teman harga RM120 semalam.


Dihadapan Chelet.. tak sabo dah deme nak ke laut..

Sempat lagi berposeing...




Masing-masing dah kecuttt.. masuk jam 2.30 naik jam 6.30



Sapa yang malu ni... kuda ke Am...


Lepas maghrib kami pun bersiap untuk makan malam.. Nak makan kat mana.??? Kebetulan turun dari bukit berhampiran Teluk Batik ternampak papan tanda Medan Ikan Bakar. Kami pun mencuba nasib kat sana.


Pilih-pilih ikan, sotong, ketam.. macam kat pasar daaaa..


Tu dia tempat membakar..


Tak dan nak kata apa... Dah licin. Makan ape tadi. entah??//
"Gendang gendut tali kecapi... Kenyang perut, tidor diayunan mimpi"
Selamat Malam....


20 Mac 2009 - Hari Jumaat


Pagi ni setelah selesai mandi laut sesi kedua, tu pun jam 11.30 baru naik. Jenuh pujuk, suruh naik, kata deme bukan senang nak datang lagi... Betoi juga tu. Hentam la labu!! Lepas mandi lain kat chelet kami pun bersiap untuk 'check out' lebih kurang jam 12.40. Nasib baik tak kena 'charge' tambahan.

Jalan se'round' pusing-pusing bandar Lumut. Kalau dikenang-kenangkan tak sangka Lumut semakin maju kini. Jangan tak tau teman juga asalnya dari sini. Cuma banyak masanya merantau ke negeri orang. Teman lahir di Kampung Batu 3, Segari, Lumut, Perak. Lahir kat rumah Opah Wan teman (Rumah Abah), maklumlah anak sulung dan cucu sulung.. yang menyambutnya pulak opah teman jugak.(Emak kepada bonda teman-bidan Tok Nik).
Kalau dulu-dulu nak ke Lumut kena naik bas dari Kampung Batu 3 ke Damar Laut pass tu naik bot ke Jeti Lumut. Tunggu le tepi jalan kat depan Masjid Batu 3. Kalau nampak ada bas dah turun ke Taiping boleh le ready tunggu bas kat seberang... hehehe
Kat Lumut masa tu yang paling ketara mercu tandanya ada Jam Besar mengadap Damar Laut. Tiap kali turun Lumut, teman mesti naik tangga tu sampai atas. Tapi kini Jam Besar tu dah lama dirobohkan mungkin dah tak sesuai lagi.. gamaknya.



Lumut Waterfront - pemandangan yang cukup menarik

Hehehe.. Sampai jugak teman kat Damar Laut. Dalam perjalanan tadi.. teringat pulak nak melawat opah kat Kampung Batu 3. Opah la ni tinggal sorang bertemankan sorang maid.
Dah banyak berubah Damar Laut.. tu le lama idaknya tak balik kampung.



Cucu ngan Nenek..


Balik dari Kampung Batu 3, Segari. Kami sempat juga singgah ke rumah adik ipar teman di Bandar Universiti, Seri Iskandar. Sekali jalan tu habis langgor semua sekali. Ibrahim atau 're' adik ipor teman ni baru dapat orang baru. NURUL SUHADAH BINTI IBRAHIM namanya.. la ni dah 5 bulan pandai mengagah dan ketawa. Teringat kat dik Nurul di TV3... hehehe
Moga suatu hari nanti bakal menjadi orang yang berguna kepada agama bangsa dan negara... Aminnn.....73

Jumaat, 20 Mac 2009

CQ.. CQ.. CQ.. memanggil mana-mana rakan dijaluran. Di sini 9w2lke Standing by.

Beberapa kali teman cuba memancar, memanggil rakan sekiranya ada yang monitor di jaluran V32. Tetapi hampa. Mungkin kerana kedudukan, masa dan ketika teman memancar tidak mengizinkan audio teman diterima oleh rakan-rakan dilokalan (local land) Manjung.

20 Mac 2009-Jumaat
Sempat dan dapat juga QSO dengan rakan SWAL (dah lupa pulak handlenya maklumlah tengah mobile tadi tu..), tak sempat buat catatan. Hanya seketika sempat bersalaman diudara... Kerana teman sekeluarga dah sampai lokasi untuk turun jeloppy makan tengahari... deme ni selagi teman tak turun idak naknya nak oder makan sendiri... tenson!! Apa pun alhamdulillah dapat juga, selamat berkenalan diudara walaupun teman berjaya QSO dengan sorang rakan di V32. Esok-esok mungkin ramai lagi.. hehehe

Dalam perjalanan sekitar lebuhraya Lumut-Ipoh. Sempat bergabung dengan 9w2ipt - Pak deris. Kebetulan sedang QSO dengan 9w2djj- abg hafis tapi sayang teman tak dapat terima audionya dengan baik di V22. Bersama Pak Deris sampai teman tiba di Pasar Malam, Taman Jati. Teman terpaksa QRT untuk cari lauk dan kudap kudap untuk malam ni. Terima kasih 9w2ipt atas QSO nya. Jumpa dan jumpa lagi

MENARA PENGAWAL PANTAI



Kagum rasanya bila pertama kali tiba di pantai Teluk Batik. Kawasan pantainya agak bersih jika dibandingkan dalam 5 tahun yang lalu. Kenderaan juga tidak dibenarkan masuk berhampiran dengan pantai. Keadaan lebih tenang dan santai, tak kelam kabut dengan lalu lintas. Sang monyet juga tidak kelihatan, seperti lalu yang menggangu para pengunjung. Kebetulan ada orang yang meletupkan mercun beberapa kali untuk menghalau spesies ini dari menggangu para pengunjung. Banyak binaan replika berbentuk tombak menghiasi kawasan parking, mengingatkan pada zaman silam.

Teman tertarik dengan binaan sebuah Menara Pengawal Pantai. Seperti dalam cerita orang putih "Bay Watch". Wah ini sudah bagus! Tapi malangnya bila didekati ianya agak mengecewakan kerana menara pengawal pantai ini juga seperti replika tombak yang hanya cantik binaannya tetapi tidak berfungsi. Tangganya sudah berkarat dan mungkin terpaksa dipotong demi keselamatan.

Teman sempat bertanya kepada dua orang gadis yang menjaga pelampung untuk disewa. Bangunan apa tu? Bangunan Penyelamat Pantai, tapi tak berfungsi lagi kerana merbahaya. Katanya selamba. Teman QSL, tetapi teman berharap agar perkara ini harus diambil serius oleh pihak yang berwajib kerana 'malang tidak berbau'... Dalam keriangan tentu ada yang terleka, jangan 'udah terantuk baru nak tergadah'...



Khamis, 19 Mac 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA (baru bermula...)

Dah jam 3 pagi ni.. Cam ni lah selalu... bila dah habis buat kerja sekolah yang tertangguh, baru tengok apa yang patut di blog. Pagi ni dah masuk hari Khamis. Tinggal beberapa hari aje lagi kena masuk kerja balik. Sebelum ni tak dapat nak berjalan al maklum je lah XYL teman koje. Harmonik teman yang no.3 tu sibuk dengan kelas tambahannya, kite bagi "chan" kat dia belajor dulu baru boleh jalan-jalan.. tahun ni UPSR moga berjaya naknya.
Pagi ni cadangnya nak ke Lumut nak mandi ayor laut masin pulak dah galak benor mandi air terjun kat Ulu Chepor ni. Sekali sekala nak tukor angin pulak.

Earth Hour 2009

Sign up for Earth Hour! - I VOTE EARTH: khairul akela

Earth Hour 2009 by WWF - Sign up for Earth Hour!



Earth Hour 2009 – What Will You Be Doing?
Cuddling up with your loved ones and admiring the stars in the night sky or organising a treasure hunt in the dark? At 8:30pm on Saturday 28 March, people from all corners of the world will turn off their lights for one hour - Earth Hour - and cast their vote for action on climate change. Anybody can participate and join together with millions of people across the globe celebrating Earth Hour.

Earth Hour is about taking simple steps everyday that collectively reduce carbon emissions – from businesses turning off their lights when their offices are empty to households turning off appliances rather than leaving them on standby.

So mari kita bersama-sama menjayakannya. Jangan pandang belakang- tanyalah pada diri anda sendiri, adakah anda mampu melakukannya. Mendaftarlah di http://www.earthhour.org Anda mampu melakukannya.

More at http://www.earthhour.org/news/default:en/article?id=eh6527867418953572277

Isnin, 9 Mac 2009

Frekunsi PARTS Terkini

Petang tadi setelah selesai urusan teman menghantar harmonik teman balik ke hostel RCS. Sempat teman 'eyeball' dengan rakan-rakan di Mutiara xxx,(Alamak lupa pulak nama tempatnya)Bersama beberapa station 9w2zcb,9w2joi,9w2nim,9w2soj dan 9w2piz.
Dapat la info mengatakan, pagi tadi beberapa station telah naik ke bukit keledang bagi menukar setting frekunsi PARTS yang terkini.

Frekuensi : 147.1125 MHz

Offset : +0.600 MHz

Tone : 233.6 Hz

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada rakan-rakan yang diketuai oleh 9w2slj, yang telah menjayakan operasi ini. Insyaallah dilain kelapangan teman teringin juga nak naik ke sana.

** Frekunsi ini telah disetkan semula mulai 13/3/2009 memandangkan frekensi yang lalu ada sedikit gangguan.

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 12 RABIUL AWAL





Mencintai Nabi Muhammad s.a.w itu adalah satu prinsip agama ISLAM yang sangat penting. Seseorang tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya)..." (Surah al-Taubah: 24)

Rasulullah s.a.w berhak meraih cinta itu kerana Baginda makhluk paling mulia di sisi Allah, memiliki akhlak yang luhur, mengasihi umatnya, memberi petunjuk dan menyelamatkan umatnya dari neraka, malah menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w memiliki ciri tertentu. Berikut adalah tanda yang membuktikan perasaan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w:
• Mentauhidkan Allah - Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut." (Surah al-Nahl: 36)

Maksud mentauhidkan Allah ialah beribadat hanya kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.
• Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya - Mukjizat yang paling utama bagi Rasulullah s.a.w ialah al-Quran al-Karim, iaitu aset utama baginya dalam menyebarkan Islam.

Ibnu Mas'ud berkata: "Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya." (Huquq al-Nabi)
• Mentaati sunnah Nabi s.a.w - Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi s.a.w ialah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya.

Ini kerana Allah memberi jaminan yang Baginda adalah insan terbaik untuk dijadikan contoh ikutan bagi umat manusia.

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu..." (Surah al-Ahzab: 21)
• Menyebarkan sunnah Nabi s.a.w - Sabda Baginda s.a.w, maksudnya: "Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." (Hadis riwayat al-Bukhari)
• Sentiasa memuji dan mengingatinya - Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya baginda sentiasa berada di hati kita.

Kita juga sepatutnya memuji Nabi s.a.w dengan pujian yang selayak baginya. Pujian yang paling utama adalah dengan berselawat kepadanya dengan selawat yang terdapat dalam hadis yang sabit daripada Baginda.
• Mencintai mereka yang dicintai oleh Nabi s.a.w - "Janganlah kamu semua mencaci salah seorang sahabatku. Ini kerana, sekiranya salah seorang di kalangan kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, semua itu tidak mampu menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang antara mereka malah tidak mencapai separuh." (Hadis riwayat Muslim)
• Benci orang dibenci Nabi s.a.w - Hendaklah kita membenci dan menjauhkan diri dari mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak.
• Membela Nabi s.a.w dari serangan golongan munafik - "Sesiapa yang membela kami dari gangguan orang-orang musyrik dia akan mendapat balasan syurga atau menjadi temanku di syurga." (Hadis riwayat Muslim)

Kursus Induksi Radio Amatur Anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia

Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama Pasukan Pengakap Kelana Komunikasi Ibu Pejabat PPM (KELKOM), akan menganjurkan Kursus Induksi Radio Amatur di Kem Pengakap Pantai, Bagan Lalang, Sepang , Selangor pada 13 - 17 Mac 2009.
Untuk keterangan lanjut sila lawati http://www.malaysiascout.org/portal/news.php

Khamis, 5 Mac 2009

Sila Ambil Perhatian



Repeater 9M4RIP akan ditutup buat sementara waktu bermula 5hb Mac jam 9.00 pagi sehingga awal bulan April atas arahan MCMC.
Rakan-rakan di Ipoh dan yang bertandang ke Ipoh boleh QSY ke 9M2RKV (145.775 -600 203.5)
sedutan dari QSO 9w2SLJ(Pengerusi PARTS) dan rakan-rakan

p/s: Moga dapat diwawarkan kepada rakan-rakan. Kredit diberikan kepada 9w2dfa atas info.