Jumaat, 30 Mei 2008

Konvoi Muhibbah ke Melaka



Esok teman dan rakan-rakan di V99 akan berkonvoi ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Inilah kali pertama teman berkonvoi bersama rakan-rakan radio amatur. Teruja juga rasanya al-maklumlah lain situasinya perjalanan secara bersendirian, konvoi bersama rakan tanpa radio dan konvoi bersama rakan dengan radio ni. Semoga perjalanan konvoi sukses dan berjalan lancar sebagai mana dirancang.

Harmonik ( 5 orang ) pun tak sabar nak pegi, sibuk mengemas pakaian dan bercerita antara mereka. Harap-harap depa tak rasa boring, sebab perjalanan yang agak jauh. XYL (ayang) ok je, awal-awal lagi dah ambil cuti, bersemangat juga tu...

Apa-apa pun sebelum pergi bercuti, kerja rumah anak-anak (latihan sekolah) perlu di bereskan. Tak mau nanti balik bercuti dah penat kerja sekolah tak siap.


Jadual Konvoi.


Rabu, 28 Mei 2008

Salam Contact Perdana

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Contact Perdana dan Salam Persahabatan dari saya,
Ini adalah blog pertama dari saya.
Sebagai permulaan inilah dia hasilnya. Insyaallah akan dimurnikan lagi dimasa akan datang.
Anyway terima kasih kepada rakan 9w2DTL Saudara Faizul Musi kerana telah memberi sedikit sebanyak tips diperingkat permulaan pembinaan blog ini.
Jumpa lagi, 73