Perjalanan lancar dari Taiping terus ke Alor Setar. Ternampak Bangunan Pelancongan Kedah. Kami terus singgah untuk mendapatkan info tempat-tempat yang menarik di sini.
Sungguh menghampakan.. pemplet pelancongan Negeri Kedah langsung tak ada. Yang ada pemplet negeri-negeri lain. Nampaknya kami terpaksa "terjah" sendiri....
Dihadapan rumah kelahiran Tun Mahathir Mohamad
Solat Sunat di Masjid Zahir, Kedah berhadapan Muzium Hijau Kuning.
Menara Alor Setar. menara telekomunikasi yang ke 19 tertinggi di dunia dan yang ke 2 tertinggi di Malaysia. Selepas Menara Kuala Lumpur. Ketinggian 165.5 meter dan melibatkan kos sebanyak 40 juta.
Ada antaranya yang teman tak pernah dengor dan lihat rupanya.
MAHA KLINIK - Klinik Dr. Mahathir masih aktif hingga sekarang.
Badan pun dah berlengas... Jenuh jugak nak dapatkan bilik Hotel, akhirnya kami berjaya mendapat sebuah bilik di WNS Homestay. Dapat juga rehat sebentar, mandi manda.
Lepas mandi-mandi kami pun siap-siap keluar semula. Kalau dilayan mata tentu ke "Bukit Katil" (tidooo..zzzz) jadinya. Tempat lawatan seterusnya ke Rumah Merdeka iaitu Rumah Tuanku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama.
Pemandangan petang, di Pantai Kuala Kedah. Ramai orang melepak kat sini untuk melihat matahari jatuh.
Sungguh Agung penciptaNya, Maha Suci Allah, Subhanauallah.
Walaupun penat, masih boleh buat pose istimewa. Makan malam kat "Su Manja Seafood". Berhampiran dengan homestay kami.
Check Net Ceria bersama 9M4RKG -
Net Controller pada malam ini 9W2KFK - KHAIRUL
Allamdulillah berjaya juga masuk check Net sebagai pemanggil ke 24. Patut la teman jenuh picit PTT dak dapat dapat... rupa-rupanya deme guna repeter standby so tonenya sudah tukar ke 85.4
Salam Contact Perdana kepada semua rakan-rakan HEM di Alor Setar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan