Selasa, 12 Januari 2010

9M4RPK KINI BOLEH DI MONITOR SE ANTARIO DUNIA


Malam tadi bila teman buka website PARTS, kedengaran audio rakan-rakan sedang QSO. Rupa-rupanya repeater 9m4rpk telah dilinking ke website PARTS. Di perkuatkan lagi setelah menghubungi Abg Salleh - 9w2shb (web master) . Kini anda boleh monitor rakan-rakan QSO di 9m4rpk di website PARTS.
Tahniah diucapkan kepada 9w2shb- Abg Salleh dan kepada semua Jawatankuasa PARTS (Perak Amateur Radio Tranmitter's Society). Satu lonjakan paradigma yang membanggakan.

Assalamualaikum.. Pembuka bicara.
Selamat Tahun Baru 2010. Agak lama juga tidak menulis. Bila lama tak menulis mula la liat. Hehehe...

Sebenarnya buka je sekolah tahun ni, banyak betul tugasan yang perlu di selesaikan. Maklumlah sebagai persediaan bagi memastikan program yang dirancang pada tahun 2010 ini berjalan dengan sukse. Baik tugasan di saltmine mahupun berpersatuan (Persekutuan Pengakap Malaysia).

Ayahnda teman juga tidak berapa sihat. Sebagai seorang anak kesihatan ayahnda sentiasa menjadi doa. Baru-baru ini (07/01/2010) beliau mendapat rawatan pemeriksaan jantung di IJN (Institut Jantung Negara) sekali lagi. Kesihatan beliau amat merisaukan kerana keempat-empat injap jantungnya sudah tidak berfungsi dengan baik. Menurut Doktor Pakar rawatan 'by pass' / pintasan jantung akan dibuat pada bulan May nanti. Aduhhh!! lambatnya tetapi kami sekeluarga terpaksa bersabar kerana terpaksa menunggu giliran pesakit yang agak ramai.

p/s: Semoga ABAH tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan ALLAH, kami sekeluarga mendoakan agar ABAH cepat sembuh, AMIN.