Khamis, 21 Mei 2009

Gagal lagi!!!


operasi gagal


antenna base untuk sementara.


Tajuk: Operasi menaikkan antenna Silver Thunder di Base 9w2lke

Selasa - 19 Mei 2009
Mula jam 15:30 - tamat jam 19:30
Dibantu oleh 9w2ftb- Sdr. Faizul
Kos : RM xxx.00
Keputusan : Gagal ( Fail )

Masalah yang dikenal pasti:
1. Sambungan cable RG58 dengan connector tidak sempurna.
2. Terlupa untuk membuat "Percubaan memancar" sebelum antenna dinaikkan.

Cabaran:
Inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh amatur radio, belajar dari kesilapan untuk mendapat kesempurnaan.

Operasi akan bersambung Sabtu - 23 Mei 2009 insyaallah...

Isnin, 18 Mei 2009

Coffee & Donut @ wakafPARTS

17 Mei 2009-
Coffee and Donut @ wakaf PARTS, satu aktiviti yang amat menarik dan berakhir dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada 9W2LCD - Sdr. Musa Mohd Yusof sebagai penceramah hari ini dengan tajuk "Introduction to Basic Electronics". Ternyata kesungguhan beliau untuk berkongsi ilmu dengan kita semua. Dari Slide Presentation, bahan yang dibawanya menarik minat rakan radio.

Ini merupakan aktiviti baru yang dicetuskan dan dikelolakan oleh 9W2SBD Sdr. Sallehan. Dalam aktiviti ini seorang elmer atau mentor yang mempunyai kepakaran atau kemahiran dalam bidang-bidang tertentu yang berkaitan dengan hobi radio amatur akan dijemput untuk berkongsi pengalaman bersama semua rakan-rakan radio amatur yang berminat.

Tidak ketinggalan juga tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan Coffee and Donut @ wakaf PARTS pada pagi tadi.

p/s: lama jugak meninggalkan ilmu elektrik ni.
Tahun 1983-Tingkatan 3B (SM Kem Terendak, Melaka)
Cikgu Halim - Kelas Seni Perusahaan
Terima Kasih Cikgu...semoga sihat walafiat hendaknya..AMIN


Bila sebut "SMKT" teringat teman kat sekolah teman belajor dulu 1981-1983. Bulan Jun 2007 lalu, teman sempat singgah bersama keluarga. Tetap teguh berdiri gagah.."Tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat bermain"



Asrama Putra Angkatan Tentera - Disinilah Putra 344 Khairul b. Abu Kassim. Menumpang berteduh mengenal erti kehidupan (1981-1984).

Hari Telekomunikasi dan Informasi sedunia


Peringatan Hari Telekomunikasi dan Informasi sedunia berawal dari Hari Telekomunikasi Sedunia ( World Telecommunication Day) dan Hari Masyarakat Informasi Sedunia (World Information Society Day).


Hari Telekomunikasi sedunia (World Telecommunication Day) telah diperingati setiap tahunnya setiap tanggal 17 Mei sejak tahun 1969, sebagai pertanda berdirinya ITU (International Telecommunication Union) dan peringatan penandatanganan Konferensi Telegraf Internasional yang pertama (the First International Telegraph Convention) pada tahun 1865. Sedangkan Hari Masyarakat Informasi Sedunia (World Information Society Day) ditetapkan oleh Majelis Umum PBB dalam suatu resolusi yang diterbitkan pada bulan Maret 2006 dan diperingati setiap tanggal 17 Mei. Hal ini adalah sesuai dengan amanat dari World Summit on the Information Society (WSIS) pada bulan November 2005.


Selamat Hari Telekomunikasi dan Informasi Sedunia 2009

-9w2lke

Selamat Hari Guru 2009

- nostalgia 1988 -
sewaktu mula bergelar guru. Sebagai guru pelatih di SK Jalan Pasar (I), Kuala Lumpur. Bermulalah karier ku sebagai seorang guru.

Sajak Guru Oh Guru oleh Seniman Negara Usman Awang membawa makna yang besar kepada warga pendidik. Mungkin kita tidak pernah atau jarang menghayatinya. Sempena Sambutan Hari Guru 2009 ini, saya mengajak kepada seluruh warga guru untuk membaca, memahami serta menghayati sajak ini. Mudah-mudahan ia akan menjadi pendorong kita untuk menjadi guru cemerlang sepanjang perkhidmatan.


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sabtu, 2 Mei 2009

Pecahlah pulak...Terima kasih LAP

1 Mei 2009,
ketika bersiap nak keluar beli sarapan kedengaran bunyi air mengalir. Alamak aku lupa tutup paip air ke, semalam !!??

Setelah disiasat rupa-rupanya ada kebocoran, paip pecah. Nasib baik bocor sebelum meter air.. kalu selepas meter #$%%$%^duit lagi... hehehe. Apa lagi dengan segera aku dail 1-800-88-7788 (Aduan pengguna LAP). Laporan diterima harap-harap dapat dibaiki cepat sebab takut akan berlaku hakisan dan kemungkinan berlaku mendapan.. banyak pulak yang aku fikir..

Tapi hari ni cuti? Cuti Hari Pekerja.. ade ke deme keje hari ini.. Ada Depa kata deme memang suka keje hari ni 'tripel pay'??? Betoi ke??

Tunggu, punya tunggu, punya tunggu, tak nampak jugak batang hidung orang Lembaga.. (Lembaga Air Perak) Jam 5.30 pm, aku dail lagi nombor 1-800-88-7788 - Operator tu, rasanya mengelabah jugak bila aku call kali ini, mungkin nada aku dah mula agak keras. Tambahan pulak abang Zek jiran aku kata dia pun ada buat aduan tengahari tadi.

Jam 6.30 pm datang jugak orang LAP akhirnya, agaknya dah banyak kali orang call datang jugak deme tapi katanya tak boleh buat keje sebab orang dan barang tak ada.. Mungkin esok katanya kontraktor akan datang buat kerja.. Teman bukan ape, sayang kat ayor yang keluar tu mengalir entah berapa galen gamaknya.

2 Mei 2009- Jam 10.00 am
Kontraktor LAP tiba.



Jam 10.00 am - Kontraktor tiba



Betul-betul kat depan pintu masuk



Mula menggali mencari punca...



Dah jumpa.. Opss!! terkena benda lain pulak?!!!



Apa nak kira.. satu kali jalan daaa...



Macamama boleh melarat ke rumah seberang jalan pulak!! Buat la bang janji siap.



Okey dah siap.. lagi 3 hari depa mai taruk batu tar pulak..





Terima kasih LAP ... terima kasih abang kontraktor...