Sabtu, 13 Jun 2009

MEMANG BERKESAN ADA OUMMPHH!!! ADA POWER!!! BANYAK JIMAT NYA!!!

Sticker ION-SCALAR XTREME DYNAMIC

Salam buat semua. Hari ini teman nak Promosi Satu Produk Baru. Kenapa teman buat promosi??? Teman dah guna, dah cuba dan teman dah rasai perbezaannya. Apa Dia??.. Baca dulu apa yang teman tulis kat bawah nie….


( Gambar Kredit Kepada : http://jimatminyak.webs.com/ )


Dengan Ini Teman Memperkenalkan stiker EXTREME DYNAMIC. Kelebihannya ...

1. Dapat Membantu Memanjangkan Jangka Hayat enjin kenderaan
2. Memastikan Enjin Berjalan Dengan Lancar
3. Meningkatkan prestasi keseluruhan enjin.
4. Mengurangkan penggunaan petrol.

Apa itu Extreme Dynamic?
( Sumber : http://jimatminyak.webs.com/ )
Extreme Dynamic diperbuat dari bahan-bahan mineral eksklusif semulajadi yang mempunyai unsur-unsur sinergi yang tinggi. Proses pembuatannya menggunakan teknologi tinggi dari Jerman. Ia sangat mudah digunakan kerana bentuknya yang nipis seperti pelekat dan mudah dibawa.

Macam Mana Nak Guna??..
Senang Je..Mudah sangat.
Tak perlu nak modified enjin atau perlu tukar apa - apa barang dalam enjin anda. Apa yang perlu anda buat ialah tampalkan”‘Sticker” ini pada setiap kabel Spark Plug kenderaan anda dan satu lagi letak pada hos minyak masuk ke enjin. Mudah Sangat.

Testimonial Teman:
Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan produk ini pada teman ialah 9W2SGN. Mula dipasang pada kereta teman Toyota “Avanza 1.5 G (auto) ” pada 6 Jun 2009. Kebetulan, kami sekeluarga memang nak berjalan Cuti-cuti Malaysia (Perak-Kedah-Perlis-Penang). Jadi ini peluang terbaik untuk teman mencuba produk ini.

Stiker ini dipasang pada 5 tempat iaitu pada 4 Wayar Spark Plug dan 1 pada Hos minyak masuk ke enjin.

Lihat gambar di bawah.


9w2sgn (Shah) sedang melekatkan stiker tersebut pada Avanza teman.



Kat sini lah stiker tu dilekatkan...

Dari Segi Enjin.
1. Enjin tidak lagi tersentak ketika teman hidupkan Aircond.
2. Pickup teman rasa amat berbeza. Jauh lebih baik dari sebelum ini.
3. Pertukaran gear dari tinggi ke rendah dan rendah ke tinggi amat menakjubkan. “Avanza (Auto)” teman dapat menukar gear dengan “smooth”(licin) sekali.
4. Menaiki tol Ipoh Utara ke Terowong Bukit Menora tidak lagi seperti dulu. Boleh bergerak lancar tanpa risaukan daya pecutan.
5. Kalau sdr/sdri pernah ke Wang Klian, Perlis. Tengok lah simpang - simpang semasa mendaki Gunung Wang Klian tu. Avanza teman yang “full passenger” dapat mendaki dengan selamba…

Dari Segi Aircond.
1. Dengan Suis Aircond Pada Tahap Minimum. Untuk Informasi. Tahap 1 - 5. 5 Adalah Yang Paling Sejuk. Teman Letakkan Pada Tahap 1 Dan Aircond Jauh Lebih Sejuk Dari Sebelum Ini.

Dari Segi Kelajuan.
1. No komen, dah tentu laju….Al-maklumlah nak kejar masa. (harap2 tak kena saman..hehe.. )

Dari Segi Minyak.
Bab ini yang teman paling suka.
Biasanya isi penuh tangki minyak RM 70.00 boleh pergi sampai 285 km (dari lampu signal minyak menyala sampai penuh).

Sejak pakai Stiker Xtreme Dynamic ni, kereta teman boleh pegi sampai 391 km Wauuu!!!! Teman dapat extra lebih 100 km lagi…. Memang memeranjatkan dan memang menguntungkan anda akan alami nikmatnya apabila dah cuba sendiri produk ni nanti.
Terima kasih kepada 9W2SGN kerana telah memperkenalkan produk ini pada teman. Anda bila lagi??? Jangan tunggu lama-lama, jangan segan untuk bertanya.






So, jika ada rakan-rakan yang berminat dan mempunyai sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan teman terus di talian 019-559 5822 atau 9W2SGN (Shah) di talian 016-5450989.
Untuk Demo dan Jualan.
Harga Sekeping : RM 25.00
Harga Ahli : RM 150.00 ( 1 Kotak Didalamnya Ada 10 Keping Sticker )
p/s: Terima kasih 9W2SGN.
Kenapa saya perkenalkan produk ini kepada anda???
Sebab anda adalah rakan saya. Sama-sama lah kita berjimat cermat.

Jumaat, 12 Jun 2009

Cuti-cuti ke Utara. Hari Pertama

8 Jun 2009 - Isnin

Perjalanan lancar dari Taiping terus ke Alor Setar. Ternampak Bangunan Pelancongan Kedah. Kami terus singgah untuk mendapatkan info tempat-tempat yang menarik di sini.

Sungguh menghampakan.. pemplet pelancongan Negeri Kedah langsung tak ada. Yang ada pemplet negeri-negeri lain. Nampaknya kami terpaksa "terjah" sendiri....



Dihadapan rumah kelahiran Tun Mahathir Mohamad







Solat Sunat di Masjid Zahir, Kedah berhadapan Muzium Hijau Kuning.




Menara Alor Setar. menara telekomunikasi yang ke 19 tertinggi di dunia dan yang ke 2 tertinggi di Malaysia. Selepas Menara Kuala Lumpur. Ketinggian 165.5 meter dan melibatkan kos sebanyak 40 juta.



Pasar Pekan Rabu. Banyak kuih muih orang lama-lama jual kat sini.
Ada antaranya yang teman tak pernah dengor dan lihat rupanya.



MAHA KLINIK - Klinik Dr. Mahathir masih aktif hingga sekarang.

Badan pun dah berlengas... Jenuh jugak nak dapatkan bilik Hotel, akhirnya kami berjaya mendapat sebuah bilik di WNS Homestay. Dapat juga rehat sebentar, mandi manda.



Lepas mandi-mandi kami pun siap-siap keluar semula. Kalau dilayan mata tentu ke "Bukit Katil" (tidooo..zzzz) jadinya. Tempat lawatan seterusnya ke Rumah Merdeka iaitu Rumah Tuanku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama.









Dihadapan Muzium Kedah.



Dihadapan Masjid Al-Bukhari, Kedah




Pemandangan petang, di Pantai Kuala Kedah. Ramai orang melepak kat sini untuk melihat matahari jatuh.

Sungguh Agung penciptaNya, Maha Suci Allah, Subhanauallah.


Walaupun penat, masih boleh buat pose istimewa. Makan malam kat "Su Manja Seafood". Berhampiran dengan homestay kami.


Check Net Ceria bersama 9M4RKG -
Net Controller pada malam ini 9W2KFK - KHAIRUL

Allamdulillah berjaya juga masuk check Net sebagai pemanggil ke 24. Patut la teman jenuh picit PTT dak dapat dapat... rupa-rupanya deme guna repeter standby so tonenya sudah tukar ke 85.4
Salam Contact Perdana kepada semua rakan-rakan HEM di Alor Setar.

Cuti-cuti ke Utara. Hari - 2

9 Jun 2009 - Selasa




Check Out dari WNS Homestay, kami terus pusing-pusing pekan Alor Setar nak cari tempat sarapan pagi. Kedengaran di repeter 9M4RKG, kedengaran rakan-rakan Alor Setar QSO, depa nak bersarapan pagi kat Mahkamah baru. Teman pun terus menuju ke sana.

Alhamdulillah, dapat bertemu dan bersalaman dengan rakan-rakan didaratan. Seronok dapat bersembang dengan depa, baru berjumpa dah nampak kemesraannya.

Salam Contact Perdana 9W2BDS, 9W2BAD, 9W2BCD, 9W2MKY, 9W2COY dan SWAL izhar. Terima kasih 9W2COY- Bang Koyan atas info laluan ke Padang Besar.



Sampai Negeri Kedah, tak sah kalau tak singgah Muzium Padi Kedah.






Cantik betul lukisan pemandangan di dalam Muzium Padi.. Siapalah artisnya?





Satu lagi poseing depan Muzium Padi, Negeri Kedah. Sebelum singgah Taman Jubli Emas Kedah.

Kat luar parking kelihatan kenderaan 9W2ZKG- Abang Zul dari Kluang, Johor. Tak dapat ketemu didaratan cuma sempat tinggalkan mesej dan beliau ada call teman, tapi ketika itu teman dah masuk Perlis. Salam Contact Perdana 9W2ZKG.


Sepanjang perjalanan melintasi Ladang Tebu, saujana mata memandang.
Kawasan pengeluaran gula utama Malaysia.



Dah sampai dah.. ehehehhh nak ke seberang ke bang!!!



Bangunan Zon Bebas Cukai- Emas Kerajang Sdn Bhd.
Oppss!!! sampai kat bab ni.. Bateri Camera teman buat hal. Tak dapat lah nak dirakamkan peristiwa sekitar Bazzar Padang Besar. Sehingga teman beli bateri baru.





Wang Kelian, Perlis adalah sempadan Malaysia/ Thailand selain daripada Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam.
Alang-alang menyeluk pekasam dah sampai kat sini, kami pun melintasi sempadan Thailand.
SAWADIKAP - (SELAMAT DATANG) itulah ucapan yang pertama kedengaran apabila kami melintasi Imigresen Thailand. Beria harmonik teman, nak cakap orang putih... tengok depa selamba cakap melayu.. hehehe


Pose bergaya dengan motor siam.



WELCOME TO THAILAND
SELAMAT DATANG KE THAILAND


BON VOYAGE
SELAMAT JALAN


Simpang-simpang dan kona-kona berlipat nak pi Wang Klian, harmonik teman kira ada 28 kona kiri dan kanan. fussss..





Perjalanan balik singgah Gua Kelam, persekitaran Gua Kelam sedang sibuk dalam baik pulih dan hias menghias.
Dari info pekerja di sana, Tuanku Raja Perlis akan mencemar duli melawat ke Gua Kelam. Daulat Tuanku




Masuk simpang ke Sungai Batu Pahat nak cari Buah Mangga "Harum manis" sempat singgah
Taman Ular dan Reptilia Perlis, tapi tak sempat masuk melawat "masa dah time" TUTUP.
Buah Mangga "Harum manis" dikatakan buah no.1 dalam usaha mendapatkan baka buah yang baik. Negeri Perlis dan Negara India adalah tempat yang sesuai menanam buah mangga kerana cuacanya yang panas berpanjangan. Tapi kami tidak bernasib baik kerana dah habis musim, yang tinggal buah kacukan lain seperti "Udang Merah" dan "Intan Sarafina" ...
Tiba di Kangar jam 8.00pm, kami cari tempat menginap. Singgah di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis bertanyakan kepada rakan. Beliau mencadangkan Hotel Malaysia, jadikkk.. apa nak kira dah, badan pun dah penat.
Keluar makan malam kat Gerai Ikan Bakar.. mengancam jugak (lupa lak tempatnya.. lain kali boleh pi lagi...).
Sempat ber QSO di Kangar dengan 9W2DRY (Bang Nazri) dan 9W2RZR (Bang Rahim). Salam Contact Perdana hanya seketika dapat QSO kerana kami dah sampai Hotel, deme semua dah naik bilik. Terpaksa QRT, Maaf bang Nazri, mike tak dapat pukat teman.. badan dah letih. Kita jumpa dilain masa... insyaallah.
p/s: Alamak nama buah pun mengancam daa!!

Khamis, 11 Jun 2009

Cuti-cuti ke Utara. Hari-3

10 Jun 2009 - Rabu


Mercu tanda Perlis Indra Kayangan




Check Out dari Hotel Malaysia, terus pusing-pusing Bandar Kangar, Perlis maklum je lah sampai semalam dah malam tak dapat melihat sekitar kawasan bandar dengan jelas. Sibuk juga bandar ni.






Tunjuk apa tu??





Anak teruna teman, siap sedia berkhidmat..
p/s: ada peluru ke tu!!




Di hadapan Muzium Kayang, Perlis




Jom ke Kuala Perlis... makan laksa!!



Harum manis dah tak dak musim.. yang ada kacukan lain kira rasa macam Harum manis gak.. layannn...


Kami singgah ke Kuala perlis nak makan laksa Kuala Perlis, dalam perjalanan singgah Muzium Kayang. Kami sarapan pagi kat Kuala Perlis. Nyaris-nyaris tak ke seberang Pulau Langkawi.... banyak permintaan dari 'belakang'. Bebanyak bersabar...hehehe (tak cukup bugget)

Sayup melihatkan lambaian Pulau Langkawi.

Di Alor Setar dapat QSO dgn rakan 9W2USF (amin) Terima kasih kerana memberikan petunjuk jalan keluar ke Lebuhraya. Semoga dapat berjumpa lagi dengan rakan-rakan Alor Setar didaratan. Jom la ke Ipoh!!












Muzium Pulau Pinang



Pasar Chowrasta: Pusat Aneka Buah Jeruk Penang


Masuk Lebuhraya ke Butterworth – Naik feri ke Pulau Pinanag, round penang ..
Makan tengahari kat Padang Kota, pi Muzium Penang, Bazaar jual jeruk and Maiden .



Jam 6.27pm: Meninggalkan Pulau Pinang menuju balik ke Taman Rakyat, Kamunting.
Rehat dulu kat Taiping (rumah Abah). Esok pagi baru balik ke Base Ipoh.

p/s: Pulang ke Base dengan seribu kenangan...