Ahad, 4 Januari 2009

PENGGAL PERSEKOLAHAN SESSI 2009

SELAMAT BERTUGAS DAN SELAMAT GI SEKOLAH....

Jalan-jalan Pembuka Tahun 2009 - Part II

2 Januari 2009.
Pagi ni masih hujan lagi… dari malam tadi kat Kapar, Klang ni hujan turun tak henti-henti. Nuar pagi ni nak bawa anaknya Khairi ke Orentasi Tingkatan Satu, di SMK Sungai Kapar Indah, Kapar kira-kira 3 km dari rumah Nuar.
Pukul 10.00, teman bawak harmonic dan anak buah teman ke Port Klang. Saja jalan-jalan sekitar Medan Ikan Bakar tapi pagi-pagi ni tak ada lagi orang berniaga.

Am, Aiman, Ijoi, Along, Shafiq, Iwan dan Along Nisa.


Pasangan sepupu-
Harmonik teman Ijoi (year 2/2009) dengan Aiman (Year 3/2009)




Jam 14:30 kami pun pulang balik ke Ipoh. Bawa emak mertua teman balik ke Ipoh pulak. Dah seminggu dia kat sini.
Singgah kat Gerai tepi jalan around Sungai Limau, beli kudap-kudap.
Jagung kukus masam manis, kerepek pisang dan mempelam madu.
Masuk pulak kat Pekan Teluk Intan ronda-ronda, inilah kali pertama kami bergambar kat Menara Condong Teluk Intan. Dari Teluk Intan Jam 17:00 terus ke Ipoh.
Esok kena bangun pagi, ada tugasan pertama 2009. Pendaftaran Pelajar Tahun Satu 2009.

Sabtu, 3 Januari 2009

Jalan-jalan Pembuka Tahun 2009

1 Januari 2009-
Lepas sembahyang Subuh. Dok belek-belek nota-nota mesyuarat yang lepas. Tengok kot-kot ada apa-apa tindakan yang masih belum selesai. Okey semua dah beres… Apa nak dibuat hari ni…Hari pertama Tahun Baru 2009.
Teringat pulak kat adik ipar teman si Wati, minggu lepas suaminya Nuar (adik ipar teman) ada bagi tau, isterinya terjatuh dan patah tangan. Apa khabarnya… nak pegi minggu lepas maklum je lah sibuk. Apa kata ari ni pegi Kapar, Klang melawat mereka…
Teman pun bincang ngan isteri teman, dia apa lagi memang setuju sangatlah, nak ke rumah adik dia.
Kami pun mula bersiap pagi tu.. pukul 11 baru betul-betul boleh bertolak dari Ipoh. 5 harmonik macam-macamlah kerenah mereka.

Replika Labu Sayung, Niru dan Tudung Saji di Kampung Gajah, Perak

Singgah sebentar di SK Pekan Rabu, Sungai Manik. Masih tegap berdiri gagah (Sekolah XYL teman...) Bersekolah disekolah ini dari 1977-1980. Pernah juga menjadi Guru Sementara kat sekolah ni (ganti cikgu bersalin/berkursus) -1988. Hehehe ...

Tu dia... simpang ke Parit 15A, Sungai Lampam.

Lorong masuk ke bekas tapak rumah.

Hanya tinggal tapak rumah sahaja. Sejak rumah asal roboh/dijual inilah kali pertama kami sekeluarga datang ke sini. Yalah daripada terbiar dan menjadi tempat yang tidak bermoral lebih baik dilakukan sesuatu. Benornya dah tidak ada sesiapa lagi yang nak tinggal di sini. Adik ipar teman (tuan punya tanah) dah dapat kerja di UITM, Sri Iskandar. Depa pun dah berhijrah ke sana. So bonda mertua akan pergi kerumah anak-anak bergilir-gilir. Nak tinggal kat sini seorang... memang dah tak selamat. Tinggallah Parit 15A, Sungai Lampam dalam kenangan, (kat rumah nilah teman berAkad Nikah... menitik jugak air mata..)


Makan tengahari kat Mastan Ghani.


Menu Utama Mee Rebus, Nasi Ayam dan Rojak Mee sama Tea-ais.

Kami pun meneruskan perjalanan melalui Hutan Melintang-Sabak Benam.
Kuala Selangor 62km.


Panorama sepanjang perjalanan.


Ni dia Siput Mentarang- First time jumpa.
Kabarnya sedap dimakan bila direbus.

Alhamdulillah.. kami selamat tiba dirumah Nuar dan Yati jam 14:00.