Selasa, 22 Mac 2011

SEPAGI DI TAMAN REKREASI- GUNUNG LANG



6 Mac 2011, Ahad - Pagi Ahad tu, nak bersantai bersama keluarga ke Gunung Lang, letaknya berhambiran dengan Jalan Kuala Kangsar. Kalau perasan ada Mercu tanda 'IPOH' boleh nampak dari Lebuhraya Utara Selatan. Kabarnya ada Karnival Amal Sinar Gunung Lang. Jom layannn..






Kawasan rekreasi Gunung Lang terletak di utara pusat Bandaraya Ipoh, berhampiran susur keluar Lebuhraya Utara-Selatan. Ia merangkumi taman seluas 30.35 hektar dan tasek seluas 14.16 hektar yang dibangunkan berlatarbelakangkan gerombolan bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Bilike.

Kawasan rekreasi ini dibangunkan berdasarkan konsep pelancungan eko yang meminimakan pembangunan infrasuktur bagi mengekalkan keunikan flora dan fauna yang cantik oleh Majlis Bandaraya Ipoh dengan Jabatan Landskap Negara.

Kawasan rekreasi Gunung Lang memiliki pelbagai keistimewaan diantaranya ialah air terjun buatan manusia, laluan pejalan kaki melalui kawasan paya sepanjang 2 km, menara pandang, taman permainan kanak-kanak, tapak perkhemahan dan kemudahan awam seperti tandas dan surau.

Pelbagai aktiviti readah boleh dilakukan dikawasan rekreasi ini seperti memancing, perkhemahan, mendaki bukit, merentas belukar, mengua dan sebagainya.....



KANIVAL AMAL SINAR GUNUNG LANG, IPOH
Banyak acara yang telah dirancang... tapi kenapa sunyi je yek!! pagi ni...




satu-satunya gerai yang ada...




Besarnya bola...




Adik dah pandai bergaya..




Seronok bagi ikan makan...










Tiket apa tu adik..




Jangan Lupa S.O.P (Jaket Pakai...)




tunggu giliran..














sibuk nampak... tulis apa tu!!




tengok apa tu!!




rumah rehat



















seronok nyeee..







menara tinjau..




Ponduk Junjung...




mini zoo


p/s: Kabarnya Pihak penganjur terpaksa batalkan kanival pada hari tersebut kerana pada petang semalam hujan dan ribut menyerang kawasan tersebut... habis khemah jualan dan pameran serta pentas tunggang langgang. So Pihak penganjur terpaksa menarik diri.
Walaubagaimana pun pagi tu kami enjoy sebab selama 16 tahun tinggal di Bandaraya Ipoh ini lah kali pertama kami menjejak kaki ke sini. Kira okey jugak..