Rabu, 24 November 2010

Sistem e-Penyata Gaji dan eLaporan.

Sebagaimana semua penjawat /kakitangan awam, kerajaan, sedia maklum mulai Oktober 2010 ini, anda semua tidak lagi akan menerima slip gaji ataupun penyata gaji. Penyata gaji dan laporan pendapatan tahunan perlu diakses dan dicetak sendiri dari laman web ANM oleh semua penjawat awam.
Slip Gaji/ Penyata Gaji yang biasa diterima oleh kakitangan Awam.
(dalam kenangan)

Ini adalah selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3 / 2010 ; Pelaksanaan Sistem e-Penyata Gaji dan eLaporan. Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan pelaksanaan dan panduan menggunakan Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan.

Mengikut amalan sekarang, Penyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan Penjawat Awam dicetak dan diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada penjawat awam melalui Pusat Pembayar Gaji manakala laporan bulanan dicetak dan diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada Pusat Pembayar Gaji dan Pusat Tanggungjawab. Tetapi, selepas ini, semua urusan perlu dilakukan melalui Sistem e-Penyata yang telah dibangunkan selaras dengan peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.


Cara Mendapatkan Penyata Gaji Bulanan secara Online:

1. Pergi ke laman web Akauntan Negara Malaysia dan klik akses sistem

>> http://www.anm.gov.my/public_html/bm/default/epenyata.php


2. Paparan berikut akan dikeluarkan. LOGIN dengan menggunakan No.KP dan Kata Laluan yang telah dipilih untuk terus masuk ke dalam Sistem e-Penyata Gaji.

**Bagaimanapun kepada yang pertama kali LOGIN mestilah mendaftar terlebih dahulu.


3. Bagi yang pertama kali menggunakan sistem, klik Pertama Kali Mendaftar. Skrin berikut akan terpapar. Penuhkan ruangan yang diperlukan. Bila dah lengkap, Klik OK

4. Setelah berjaya, anda bolehlah mengakses sistem untuk memaparkan penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan anda.



Penyata Gaji ataupun Slip Gaji Bulanan yang akan keluar selepas ini selain daripada settingnya yang tersendiri, cetakannya lebih terang, tiada lagi masalah slip gaji hilang dan sebagainya. Satu lagi kelebihannya anda boleh akses sehari sebelum pembayaran gaji bagi setiap bulan. Tapi yang tak bestnya, kena cetak sendiri, dah takde sesi mengoyak sisi slip gaji lepas ni...huhuhu



Adalah dinasihatkan agar anda, untuk muat turun PEKELILING Bil 3/2010 untuk membaca senarai tanggungjawab pengguna individu iaitu Penjawat Awam, Pusat Pembayar Gaji, dan Pusat Tanggung Jawab (PTJ).

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3 / 2010 ; Pelaksanaan Sistem e-Penyata Gaji dan eLaporan (klik untuk download)


p/s: Simpanlah kata laluan anda baik-baik dan jangan dedahkan kepada orang lain. Diharap tidak ada orang yang cuba mengambil kesempatan, menyalahgunakan slip gaji anda. Sekarang ni macam-maca kes tau!

Isnin, 9 Ogos 2010

Kibarkan JALUR GEMILANG...


Base Station : 9W2LKE







p/s: Tiang antenna digunakan sementara sebagai tiang bendera Jalur Gemilang. Entah bilalah antenna teman nak naik!! huhuhu