Selasa, 22 Mac 2011

SEPAGI DI TAMAN REKREASI- GUNUNG LANG



6 Mac 2011, Ahad - Pagi Ahad tu, nak bersantai bersama keluarga ke Gunung Lang, letaknya berhambiran dengan Jalan Kuala Kangsar. Kalau perasan ada Mercu tanda 'IPOH' boleh nampak dari Lebuhraya Utara Selatan. Kabarnya ada Karnival Amal Sinar Gunung Lang. Jom layannn..






Kawasan rekreasi Gunung Lang terletak di utara pusat Bandaraya Ipoh, berhampiran susur keluar Lebuhraya Utara-Selatan. Ia merangkumi taman seluas 30.35 hektar dan tasek seluas 14.16 hektar yang dibangunkan berlatarbelakangkan gerombolan bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Bilike.

Kawasan rekreasi ini dibangunkan berdasarkan konsep pelancungan eko yang meminimakan pembangunan infrasuktur bagi mengekalkan keunikan flora dan fauna yang cantik oleh Majlis Bandaraya Ipoh dengan Jabatan Landskap Negara.

Kawasan rekreasi Gunung Lang memiliki pelbagai keistimewaan diantaranya ialah air terjun buatan manusia, laluan pejalan kaki melalui kawasan paya sepanjang 2 km, menara pandang, taman permainan kanak-kanak, tapak perkhemahan dan kemudahan awam seperti tandas dan surau.

Pelbagai aktiviti readah boleh dilakukan dikawasan rekreasi ini seperti memancing, perkhemahan, mendaki bukit, merentas belukar, mengua dan sebagainya.....



KANIVAL AMAL SINAR GUNUNG LANG, IPOH
Banyak acara yang telah dirancang... tapi kenapa sunyi je yek!! pagi ni...




satu-satunya gerai yang ada...




Besarnya bola...




Adik dah pandai bergaya..




Seronok bagi ikan makan...










Tiket apa tu adik..




Jangan Lupa S.O.P (Jaket Pakai...)




tunggu giliran..














sibuk nampak... tulis apa tu!!




tengok apa tu!!




rumah rehat



















seronok nyeee..







menara tinjau..




Ponduk Junjung...




mini zoo


p/s: Kabarnya Pihak penganjur terpaksa batalkan kanival pada hari tersebut kerana pada petang semalam hujan dan ribut menyerang kawasan tersebut... habis khemah jualan dan pameran serta pentas tunggang langgang. So Pihak penganjur terpaksa menarik diri.
Walaubagaimana pun pagi tu kami enjoy sebab selama 16 tahun tinggal di Bandaraya Ipoh ini lah kali pertama kami menjejak kaki ke sini. Kira okey jugak..

Rabu, 26 Januari 2011

LAWATAN JEMAAH NAZIR - SELAMAT DATANG

Suatu subuh yang hening, SK Seri Tanjung, Tanjung Rambutan
26 Januari 2011 - Rabu

En. Zulkifli b. Yahya (Ketua Nazir Cawangan Taiping) bersama
Tn. Hj. Basharuddin (Guru Besar, SKST)
Penilaian Tawaran Baru Untuk Guru Besar



Cikgu Razali Basirun bersama Pn. Zabibi Wati (Nazir dari Putrajaya)
melawat kawasan sekolah..



En. Veerakumar - Nazir Cawangan Taiping
sedang memantau..



Cikgu Amrik Singh



Ustaz Abdullah turut sibuk membantu kelancaran agihan RMT
makan apa hari ini... Roti Canai


Doa dibaca sebelum makan...



makanan kegemaran..



Taklimat ringkas dari Ketua Nazir Cawangan Taiping
En. Zulkifli b. Yahya









Ucapan terima kasih daripada Guru Besar... semoga sukses boss!!!

M.A.K - MESYUARAT AGUNG KAWASAN (KOPERASI)- BATAL

Guru yang hadir
Mesyuarat Agung Kawasan Ipoh 15
SMK Aminuddin Baki, Chemor (23 Jan 2011)
Pengumuman yang diumumkan mengembirakan yang hadir..
"Kita masih tidak cukup korum !!! lagi 8 orang..jika masti tidak cukup korum mesyuarat terpaksa dibatalkan..." humm

Semua nampak gelisah...


boring....


AKHIRNYA...
Semua yang hadir dapat "duit" hadir mesyuarat, walaupun majlis terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup korum.... heheheh



p/s: Bila nak panggil M.A.K lagi!!!

Ahad, 9 Januari 2011

PROJEK DRIVE-THRU - PARTS 2011 - MERIAH !!!

Matlamat Projek ini...

* Memberi nasihat teknikal kepada ahli-ahli tentang pemasangan antenna dan transmitter pada kereta.

*Memberi pendedahan kepada ahli-ahli langkah-langkah penjagaan Set Transmitter pada kereta.

*Memberi pendedahan kepada ahli-ahli cara penggunaan SWR meter yang betul.

*Membudayakan ahli PARTS mempunyai skill " technical competence".

* Kesemua hasil kutipan dari projek ini akan disalurkan terus kepada "Tabung/Dana Tower" diWakaf PARTS.

Terima kasih kepada semua rakan yang menjayakan projek ini. Kredit diberikan kepada 9M2SLJ Pak Lop, 9W2SBD Solehan, 9W2SUF Sofian, 9W2HBC Anip dan semua yang tidak dapat dicatatkan di sini, kalau bukan kita siapa lagi....


menunggu giliran


memang sibuk...











p/s: Terima kasih 9W2SBD, saya ambil maklumat dari blog anda.