Jumaat, 12 Jun 2009

Cuti-cuti ke Utara. Hari - 2

9 Jun 2009 - Selasa




Check Out dari WNS Homestay, kami terus pusing-pusing pekan Alor Setar nak cari tempat sarapan pagi. Kedengaran di repeter 9M4RKG, kedengaran rakan-rakan Alor Setar QSO, depa nak bersarapan pagi kat Mahkamah baru. Teman pun terus menuju ke sana.

Alhamdulillah, dapat bertemu dan bersalaman dengan rakan-rakan didaratan. Seronok dapat bersembang dengan depa, baru berjumpa dah nampak kemesraannya.

Salam Contact Perdana 9W2BDS, 9W2BAD, 9W2BCD, 9W2MKY, 9W2COY dan SWAL izhar. Terima kasih 9W2COY- Bang Koyan atas info laluan ke Padang Besar.



Sampai Negeri Kedah, tak sah kalau tak singgah Muzium Padi Kedah.






Cantik betul lukisan pemandangan di dalam Muzium Padi.. Siapalah artisnya?





Satu lagi poseing depan Muzium Padi, Negeri Kedah. Sebelum singgah Taman Jubli Emas Kedah.

Kat luar parking kelihatan kenderaan 9W2ZKG- Abang Zul dari Kluang, Johor. Tak dapat ketemu didaratan cuma sempat tinggalkan mesej dan beliau ada call teman, tapi ketika itu teman dah masuk Perlis. Salam Contact Perdana 9W2ZKG.


Sepanjang perjalanan melintasi Ladang Tebu, saujana mata memandang.
Kawasan pengeluaran gula utama Malaysia.



Dah sampai dah.. ehehehhh nak ke seberang ke bang!!!



Bangunan Zon Bebas Cukai- Emas Kerajang Sdn Bhd.
Oppss!!! sampai kat bab ni.. Bateri Camera teman buat hal. Tak dapat lah nak dirakamkan peristiwa sekitar Bazzar Padang Besar. Sehingga teman beli bateri baru.





Wang Kelian, Perlis adalah sempadan Malaysia/ Thailand selain daripada Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam.
Alang-alang menyeluk pekasam dah sampai kat sini, kami pun melintasi sempadan Thailand.
SAWADIKAP - (SELAMAT DATANG) itulah ucapan yang pertama kedengaran apabila kami melintasi Imigresen Thailand. Beria harmonik teman, nak cakap orang putih... tengok depa selamba cakap melayu.. hehehe


Pose bergaya dengan motor siam.



WELCOME TO THAILAND
SELAMAT DATANG KE THAILAND


BON VOYAGE
SELAMAT JALAN


Simpang-simpang dan kona-kona berlipat nak pi Wang Klian, harmonik teman kira ada 28 kona kiri dan kanan. fussss..





Perjalanan balik singgah Gua Kelam, persekitaran Gua Kelam sedang sibuk dalam baik pulih dan hias menghias.
Dari info pekerja di sana, Tuanku Raja Perlis akan mencemar duli melawat ke Gua Kelam. Daulat Tuanku




Masuk simpang ke Sungai Batu Pahat nak cari Buah Mangga "Harum manis" sempat singgah
Taman Ular dan Reptilia Perlis, tapi tak sempat masuk melawat "masa dah time" TUTUP.
Buah Mangga "Harum manis" dikatakan buah no.1 dalam usaha mendapatkan baka buah yang baik. Negeri Perlis dan Negara India adalah tempat yang sesuai menanam buah mangga kerana cuacanya yang panas berpanjangan. Tapi kami tidak bernasib baik kerana dah habis musim, yang tinggal buah kacukan lain seperti "Udang Merah" dan "Intan Sarafina" ...
Tiba di Kangar jam 8.00pm, kami cari tempat menginap. Singgah di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis bertanyakan kepada rakan. Beliau mencadangkan Hotel Malaysia, jadikkk.. apa nak kira dah, badan pun dah penat.
Keluar makan malam kat Gerai Ikan Bakar.. mengancam jugak (lupa lak tempatnya.. lain kali boleh pi lagi...).
Sempat ber QSO di Kangar dengan 9W2DRY (Bang Nazri) dan 9W2RZR (Bang Rahim). Salam Contact Perdana hanya seketika dapat QSO kerana kami dah sampai Hotel, deme semua dah naik bilik. Terpaksa QRT, Maaf bang Nazri, mike tak dapat pukat teman.. badan dah letih. Kita jumpa dilain masa... insyaallah.
p/s: Alamak nama buah pun mengancam daa!!

Tiada ulasan: