Sabtu, 21 Mac 2009

TELUK BATIK, KAMI DATANG

19 Mac 2009- Hari Khamis
Semuanya bangun pagi, lebih awal dari biasa. Sebagaimana yang dirancangkan pagi ini kami akan ke Teluk Batik, Lumut. Agak lama tak ke sana.. 4 ke 5 tahun yang lalu kali terakhir kami sekeluarga berkelah dan bermalam di sana.
Harmonik teman no. 5 "Am" tanya kenapa tak ke Pulau Pangkor dapat naik fery. Terkedu jugak teman dengan soalan cupamas tu..
Sebenarnya tu lah.. banyak lagi tempat menarik ditempat sendiri 'Negeri Perak' ni yang kita belum lawati. Kita asyik pandang ke negeri lain pada hal kat negeri sendiri pun kita belum habis lawati. Seperti Pulau Pangkor, Kuala Wooh, Air Terjun Lata Kijang, Kellie's Castle, Tasik Raban dan banyak lagi. Nanti kita pi satu persatu okey. Am mengangguk faham, kira okey la tu.
Kami tiba di Chelet Impian kira-kira jam 12.00 tgh. Kenapa pilih Chelet ni??? Ha.. sebab chelet ni lah yang paling senang dicari. Malas nak pi satu-satu chelet tanya harga. Semuanya lebih kurang sama je... Apa yang penting ada tempat nak tido je, kita bukan nak lama sangat dalam bilik tu.. banyak masa kat luar.
Rupa-rupanya Chelet Impian dah bertukar pengurusan. Chelet ni telah diambil alih oleh Majlis Perbandaran Manjung, elok juga tu nampaknya banyak juga baik pulih yang sedang dijalankan. Cam tu lah.. nanti lagi ramai orang nak singgah. Apa yang penting pengunjung akan merasa lebih selesa dan selamat. Sebagai kakitangan Kerajaan dapat le teman harga RM120 semalam.


Dihadapan Chelet.. tak sabo dah deme nak ke laut..

Sempat lagi berposeing...




Masing-masing dah kecuttt.. masuk jam 2.30 naik jam 6.30



Sapa yang malu ni... kuda ke Am...


Lepas maghrib kami pun bersiap untuk makan malam.. Nak makan kat mana.??? Kebetulan turun dari bukit berhampiran Teluk Batik ternampak papan tanda Medan Ikan Bakar. Kami pun mencuba nasib kat sana.


Pilih-pilih ikan, sotong, ketam.. macam kat pasar daaaa..


Tu dia tempat membakar..


Tak dan nak kata apa... Dah licin. Makan ape tadi. entah??//
"Gendang gendut tali kecapi... Kenyang perut, tidor diayunan mimpi"
Selamat Malam....


20 Mac 2009 - Hari Jumaat


Pagi ni setelah selesai mandi laut sesi kedua, tu pun jam 11.30 baru naik. Jenuh pujuk, suruh naik, kata deme bukan senang nak datang lagi... Betoi juga tu. Hentam la labu!! Lepas mandi lain kat chelet kami pun bersiap untuk 'check out' lebih kurang jam 12.40. Nasib baik tak kena 'charge' tambahan.

Jalan se'round' pusing-pusing bandar Lumut. Kalau dikenang-kenangkan tak sangka Lumut semakin maju kini. Jangan tak tau teman juga asalnya dari sini. Cuma banyak masanya merantau ke negeri orang. Teman lahir di Kampung Batu 3, Segari, Lumut, Perak. Lahir kat rumah Opah Wan teman (Rumah Abah), maklumlah anak sulung dan cucu sulung.. yang menyambutnya pulak opah teman jugak.(Emak kepada bonda teman-bidan Tok Nik).
Kalau dulu-dulu nak ke Lumut kena naik bas dari Kampung Batu 3 ke Damar Laut pass tu naik bot ke Jeti Lumut. Tunggu le tepi jalan kat depan Masjid Batu 3. Kalau nampak ada bas dah turun ke Taiping boleh le ready tunggu bas kat seberang... hehehe
Kat Lumut masa tu yang paling ketara mercu tandanya ada Jam Besar mengadap Damar Laut. Tiap kali turun Lumut, teman mesti naik tangga tu sampai atas. Tapi kini Jam Besar tu dah lama dirobohkan mungkin dah tak sesuai lagi.. gamaknya.



Lumut Waterfront - pemandangan yang cukup menarik

Hehehe.. Sampai jugak teman kat Damar Laut. Dalam perjalanan tadi.. teringat pulak nak melawat opah kat Kampung Batu 3. Opah la ni tinggal sorang bertemankan sorang maid.
Dah banyak berubah Damar Laut.. tu le lama idaknya tak balik kampung.



Cucu ngan Nenek..


Balik dari Kampung Batu 3, Segari. Kami sempat juga singgah ke rumah adik ipar teman di Bandar Universiti, Seri Iskandar. Sekali jalan tu habis langgor semua sekali. Ibrahim atau 're' adik ipor teman ni baru dapat orang baru. NURUL SUHADAH BINTI IBRAHIM namanya.. la ni dah 5 bulan pandai mengagah dan ketawa. Teringat kat dik Nurul di TV3... hehehe
Moga suatu hari nanti bakal menjadi orang yang berguna kepada agama bangsa dan negara... Aminnn.....73

Tiada ulasan: