Jumaat, 20 Mac 2009

MENARA PENGAWAL PANTAI



Kagum rasanya bila pertama kali tiba di pantai Teluk Batik. Kawasan pantainya agak bersih jika dibandingkan dalam 5 tahun yang lalu. Kenderaan juga tidak dibenarkan masuk berhampiran dengan pantai. Keadaan lebih tenang dan santai, tak kelam kabut dengan lalu lintas. Sang monyet juga tidak kelihatan, seperti lalu yang menggangu para pengunjung. Kebetulan ada orang yang meletupkan mercun beberapa kali untuk menghalau spesies ini dari menggangu para pengunjung. Banyak binaan replika berbentuk tombak menghiasi kawasan parking, mengingatkan pada zaman silam.

Teman tertarik dengan binaan sebuah Menara Pengawal Pantai. Seperti dalam cerita orang putih "Bay Watch". Wah ini sudah bagus! Tapi malangnya bila didekati ianya agak mengecewakan kerana menara pengawal pantai ini juga seperti replika tombak yang hanya cantik binaannya tetapi tidak berfungsi. Tangganya sudah berkarat dan mungkin terpaksa dipotong demi keselamatan.

Teman sempat bertanya kepada dua orang gadis yang menjaga pelampung untuk disewa. Bangunan apa tu? Bangunan Penyelamat Pantai, tapi tak berfungsi lagi kerana merbahaya. Katanya selamba. Teman QSL, tetapi teman berharap agar perkara ini harus diambil serius oleh pihak yang berwajib kerana 'malang tidak berbau'... Dalam keriangan tentu ada yang terleka, jangan 'udah terantuk baru nak tergadah'...



Tiada ulasan: