Jumaat, 20 Mac 2009

CQ.. CQ.. CQ.. memanggil mana-mana rakan dijaluran. Di sini 9w2lke Standing by.

Beberapa kali teman cuba memancar, memanggil rakan sekiranya ada yang monitor di jaluran V32. Tetapi hampa. Mungkin kerana kedudukan, masa dan ketika teman memancar tidak mengizinkan audio teman diterima oleh rakan-rakan dilokalan (local land) Manjung.

20 Mac 2009-Jumaat
Sempat dan dapat juga QSO dengan rakan SWAL (dah lupa pulak handlenya maklumlah tengah mobile tadi tu..), tak sempat buat catatan. Hanya seketika sempat bersalaman diudara... Kerana teman sekeluarga dah sampai lokasi untuk turun jeloppy makan tengahari... deme ni selagi teman tak turun idak naknya nak oder makan sendiri... tenson!! Apa pun alhamdulillah dapat juga, selamat berkenalan diudara walaupun teman berjaya QSO dengan sorang rakan di V32. Esok-esok mungkin ramai lagi.. hehehe

Dalam perjalanan sekitar lebuhraya Lumut-Ipoh. Sempat bergabung dengan 9w2ipt - Pak deris. Kebetulan sedang QSO dengan 9w2djj- abg hafis tapi sayang teman tak dapat terima audionya dengan baik di V22. Bersama Pak Deris sampai teman tiba di Pasar Malam, Taman Jati. Teman terpaksa QRT untuk cari lauk dan kudap kudap untuk malam ni. Terima kasih 9w2ipt atas QSO nya. Jumpa dan jumpa lagi

Tiada ulasan: