Jumaat, 6 Ogos 2010

Reunion Asrama Putra.Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka ( 81-85)

Tanggal 10hb Julai 2010 telah menemukan kembali kami bekas penghuni Asrama Putra Kem Terendak, Melaka ( 81-85 ). Majlis ini juga dihadiri rakan-rakan sekolah yang seangkatan iaitu dari Sekolah Menengah Kem Terendak dan Sekolah Menengah Ghafar Baba, Masjid Tanah,
Melaka.

Gambar beramai-ramai bersama tetamu istimewa.. Cikgu Azmi..masih maintain, kami yang nampak lebih tua ...hahahaha


Harery, Kamarul Ariffin, Gua, Husainy, Sahizam
Abdul Razak, Ahmad Kamal


Asrama yang banyak mendidik dan membentuk jiwa yang kental.. walaupun teman tak jadi seorang tentera.

Sekolah Menengah Kem Terendak, teman kat sini 3 tahun (81-83) Kelas Seni Perusahaan.
Seronok dapat kembali semula, setelah 25 tahun meninggalkan bangku sekolah.

Bersama rakan-rakan sekelas mengimbau kembali kenangan dirakam dalam kelas kami semasa tingkatan 3 (1983)




Terima Kasih... Cikgu



Inilah asrama kami... Asrama Putra Kem Terendak, Melaka. Walaupun kami bersekolah disekolah harian biasa tetapi kami tinggal di asrama tentera. Segalanya diselia oleh ATM. Kami diselia oleh seorang warden yang berpangkat PW1.

Teringat time tu... kalau selebeh-selebeh (tak kemas) mesti kena punya... lompat katak, kuih gulung, scramler, helikopter dan banyak lagi... hehehe

Pagi-pagi kena kemas katil semua mesti tegang.. kalo letak duit siling 20 sen atas tilam pasti tak tenggelam..

Tiap hari Sabtu kena kawad... bukan calang-calang Kopral Yusop yang ambik baris..





Wajah baru APAT



p/s: kalau lah dapat diulang kembali ke zaman silam....

1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalammualaikum...tuan saya ingin bertanya.... Sebelum ini bekas pelajar apat ada mewujudkan persatuan bekas pelajar apa.... Masih wujud lagi persatuan tersebut?