Rabu, 23 Jun 2010

Last Kopek Cuti Semester ini.

Cuti Pertengahan Semester hampir tamat, tapi ada keluahan dari harmonik teman, katanya cuti kali ni tak kami tak berjalan pun... Apa idaknya abah pi indon kami lepak kat rumah je... his! pandai pulak depa tu, berkata-kata.

Setelah berbincang.. majlis raja2 kami pun sepakat nak ke Felda Kechau 1, KUala Lipis, Pahang. Mak mertua teman ada di sama bersama kak ipar sekeluarga. Lama juga tak menjengok dia, rindu jugak rasanya.


Perjalanan pun bermula, 18 Jun 2010 (Jumaat) tepat jam 8.30 pagi kami mendaki Cameron Highlands keluar Gua Musang terus ke Kuala Lipis.


Rehat sebentar di Green View Garden.




Sampai Kuala Lipis


Mak bersama anak cucunya


Anak menatu mak sorang hehehe, tidur semalam di Kuala Lipis
Cari Siti Norhaliza tapi tak jumpa pun !!!



Nak keluar felda ada pemeriksaan Polis



Dalam perjalanan ke KL kami singgah ke Kuala Gandah, Taman Pemeliharaan Gajah. Dibuka pada tahun 1989. Kalau ada kelapangan datang lah ke sini. Memang banyak manfaatnya kepada anak-anak kita di zaman moden ini yang biasanya tengok gajah melalui gambar dan tv sahaja.


Makan dulu, apa-apa pun...


Pernah tengok gajah menari!!



Bagi gajah makan. Sungguh jinak.



Berhampiran dengan Pusat Peliharaan Gajah di sana ada taman rusa. Memang tak rugi singgah.



Bagi rusa makan, ubi keledik



Ular sawa pun ada!!!



Nampak bear ni macam garang!!!



Ehh ehh boleh pegang pulak... manja lak tu!!!



Angah ngan ammar


Ramai gak anak sedara (Rumah adik teman-Khairil Akran kat Cheras)


Bergambar ramai-ramai di rumah Nuar (adik ipar) di Klang. sebelum pulang ke Ipoh (Ahadnya) Sebab nak hantar along pulang ke asrama SRC. Haaaa!!! dah puas berjalan... Esok bukak sekolah kena belajor la pulak... Angah tahun ni PMR, abah dan mak doakan agar angah mendapat keputusan yang membanggakan. Amin.

Tiada ulasan: