Khamis, 1 April 2010

MANGSA TERAKHIR SIMPANG MAUT, BANDAR MERU RAYA


Akhirnya yang ditunggu tiba juga.. Jika dirujuk kepada PEMBERITAHUAN di atas, Sistem Lampu Isyarat akan bermula pada 1 April 2010, Hari Khamis iaitu hari ini.

Itu lah harapan semua penduduk Halaman Meru Permai, rasa bersyukur akhirnya segala usaha untuk mendapatkan Lampu Isyarat di pintu masuk taman kami tercapai jua.

Tapi malang tidak berbau rupa-rupanya ada mangsa terakhir sebelum lampu isyarat ini berfungsi. Jam 7.00 pagi sebuah motosikal telah berlanggar dengan sebuah kereta.




Teman yang kebetulan berada ditempat kejadian terus mencapai kamera untuk merakamkan peristiwa malang itu. Tiba-tiba.....



Masyaallah!!! Abang Rahim.. pengawal keselamatan di saltmine teman. Beliau bersama XYLnya dalam perjalanan menghantar XYLnya ketempat kerja. Bertembung dengan kereta tersebut.



Ambulan Pertahanan Awan, JPA3 tiba agak lewat juga jam 8.30 pagi, nasib baik Abang Rahim kuat semangatnya. Teman tengok kaki kanannya macam patah... apa pun tunggu la keputusan xray.

p/s: Abang Rahim kini di Wad 5A, Hospital Permaisuri Bainun. Keputusan Xray, kakinya alhamdulillah tidak patah cuma terkeluar dari tulang pinggul.
Semoga Abang Rahim, dan XYL sekeluarga tabah menghadapi ujian Allah ini.... Amin

Tiada ulasan: