Khamis, 1 April 2010

DAH NAK KENA APA NAK KATA!!!

Dalam jam sekitar 6.00 petang, seperti biasa petang Khamis ini, XYL dan angah akan singgah di pasar malam berhampiran Bulatan (round about) Labu, Silibin. Tempat parking juga bukannya tersorok tengah laman, dalam kesesakkan orang nak ke Pasar Malam.

Entah macamana bila tiba je ke kereta, setelah membeli juadah minum petang...

Didapati, cermin kereta sebelah pemandu telah pecah. yang tinggal bag tution angah.

Menurut XYL teman, beliau ada menyorokkan bag tangannya di bawah tempat duduk sebelah penumpang. Memang dah tak ada!!!


Kami pun petang tadi sibuk menguruskan membuat Report Polis. Harap-harap dapat klim Insuran cermin kereta pun syukur alhamdulillah....
Pergi ke Balai Jelapang tak boleh buat report sebab balai "black out". Pi pulak ke Balai Manjoi buat report kemudian ke IPD amik gambor.
p/s: Ape nak kata dah bukan rezeki kita, habuan deme... hampeehhh!!

Tiada ulasan: