Ahad, 23 Ogos 2009

SIMPANG MAUT, BANDAR MERU RAYA, JELAPANG

Jalan Jelapang ke Chemor terdapat satu Simpang tiga untuk susur masuk ke Lebuhraya Utara Selatan melalui Bandar Meru Raya. Sememangnya dan sudah sepatutnya didirikan Lampu Isyarat. Masuk ini dah berpuluh kemalangan berlaku, kejadian terbaru pagi tadi kira-kira jam 10.00 pagi. Melibatkan sebuah kereta Proton Saga dengan sebuah kereta Kancil. Sememangnya simpang tersebut agak sibuk dengan kenderaan yang keluar masuk dari Lebuhraya Utara Selatan dan kenderaan yang bergerak terus dari Chemor ke Jelapang.
Kami persatuan penduduk Bandar Meru Raya sejak 5 tahun dahulu telah memohon Lampu Isyarat tersebut tetapi dikatakan masih belum berkepentingan untuk mendapatkan Lampu Isyarat dikawasan ini...Mungkin apabila terkena kepada keluarga dan sanak saudara mereka baru dikatakan kawasan tersebut merbahaya.
p/s: Diharap pihak yang berwajib dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Atau perlu dipanggil Karam Singh Waliah (TV3) baru nak bertindak?? @#%$^&&

3 ulasan:

BlogAdmin berkata...

Selalunya jika dah berlaku kemalangan dan bersangkutan dengan saudara mara mereka, barulah di pasang lampu isyarat.
Patut tempat begini diberi tumpuan daripada jumlah lampu isyarat yang 'tidak munasabah' dipasang disepanjang jalan Jelapang-Lumut.

ada berkata...

apa kata buat lampu isyarat sendiri????


heheheheh...

tapi jalan itu sangat merbahaya...
ini serius!!! (kata wonderpet)

All in One berkata...

huhuhhh laluan utama dulu2 nak k saltmine d Perlop ..

skrg pun selalu k bangunan KDN Jelapang tuh ..