Sabtu, 2 Mei 2009

Pecahlah pulak...Terima kasih LAP

1 Mei 2009,
ketika bersiap nak keluar beli sarapan kedengaran bunyi air mengalir. Alamak aku lupa tutup paip air ke, semalam !!??

Setelah disiasat rupa-rupanya ada kebocoran, paip pecah. Nasib baik bocor sebelum meter air.. kalu selepas meter #$%%$%^duit lagi... hehehe. Apa lagi dengan segera aku dail 1-800-88-7788 (Aduan pengguna LAP). Laporan diterima harap-harap dapat dibaiki cepat sebab takut akan berlaku hakisan dan kemungkinan berlaku mendapan.. banyak pulak yang aku fikir..

Tapi hari ni cuti? Cuti Hari Pekerja.. ade ke deme keje hari ini.. Ada Depa kata deme memang suka keje hari ni 'tripel pay'??? Betoi ke??

Tunggu, punya tunggu, punya tunggu, tak nampak jugak batang hidung orang Lembaga.. (Lembaga Air Perak) Jam 5.30 pm, aku dail lagi nombor 1-800-88-7788 - Operator tu, rasanya mengelabah jugak bila aku call kali ini, mungkin nada aku dah mula agak keras. Tambahan pulak abang Zek jiran aku kata dia pun ada buat aduan tengahari tadi.

Jam 6.30 pm datang jugak orang LAP akhirnya, agaknya dah banyak kali orang call datang jugak deme tapi katanya tak boleh buat keje sebab orang dan barang tak ada.. Mungkin esok katanya kontraktor akan datang buat kerja.. Teman bukan ape, sayang kat ayor yang keluar tu mengalir entah berapa galen gamaknya.

2 Mei 2009- Jam 10.00 am
Kontraktor LAP tiba.



Jam 10.00 am - Kontraktor tiba



Betul-betul kat depan pintu masuk



Mula menggali mencari punca...



Dah jumpa.. Opss!! terkena benda lain pulak?!!!



Apa nak kira.. satu kali jalan daaa...



Macamama boleh melarat ke rumah seberang jalan pulak!! Buat la bang janji siap.



Okey dah siap.. lagi 3 hari depa mai taruk batu tar pulak..





Terima kasih LAP ... terima kasih abang kontraktor...

Tiada ulasan: