Isnin, 18 Mei 2009

Coffee & Donut @ wakafPARTS

17 Mei 2009-
Coffee and Donut @ wakaf PARTS, satu aktiviti yang amat menarik dan berakhir dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada 9W2LCD - Sdr. Musa Mohd Yusof sebagai penceramah hari ini dengan tajuk "Introduction to Basic Electronics". Ternyata kesungguhan beliau untuk berkongsi ilmu dengan kita semua. Dari Slide Presentation, bahan yang dibawanya menarik minat rakan radio.

Ini merupakan aktiviti baru yang dicetuskan dan dikelolakan oleh 9W2SBD Sdr. Sallehan. Dalam aktiviti ini seorang elmer atau mentor yang mempunyai kepakaran atau kemahiran dalam bidang-bidang tertentu yang berkaitan dengan hobi radio amatur akan dijemput untuk berkongsi pengalaman bersama semua rakan-rakan radio amatur yang berminat.

Tidak ketinggalan juga tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan Coffee and Donut @ wakaf PARTS pada pagi tadi.

p/s: lama jugak meninggalkan ilmu elektrik ni.
Tahun 1983-Tingkatan 3B (SM Kem Terendak, Melaka)
Cikgu Halim - Kelas Seni Perusahaan
Terima Kasih Cikgu...semoga sihat walafiat hendaknya..AMIN


Bila sebut "SMKT" teringat teman kat sekolah teman belajor dulu 1981-1983. Bulan Jun 2007 lalu, teman sempat singgah bersama keluarga. Tetap teguh berdiri gagah.."Tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat bermain"



Asrama Putra Angkatan Tentera - Disinilah Putra 344 Khairul b. Abu Kassim. Menumpang berteduh mengenal erti kehidupan (1981-1984).

Tiada ulasan: