Rabu, 31 Disember 2008

SPECIAL CHECK NET (MARTS)


Sempat juga teman ber "Check Net" di Special Check Net - repeter MARTS, ia dikendalikan oleh 9W2PCK (Choy Chee Keong). Jam 23:30. Selaku Pemanggil yang ke-48. Semperna Tahun Baru 2009 dan Maal Hijrah.


"Okey Roger... Thank you 9W2PCK - Brother Choy this is 9W2LKE handle operator KHAIRUL- Kilo Hotel Alfa India Romeo Uniform Lima. From Ipoh, Perak.


We have meet before in Johore International Jamboree last month. I just want to wish "Happy New Year 2009 and Maal Hijrah 1430" .


9W2PCK this is 9W2LKE, QRT, 73 Cario Bye bye.."

ANTENA BARU ????

Tungguuu....

CHECK NET TERAKHIR 2008 (PARTS)


Pada tanggal 31 Disember 2008, bermula jam 20:00, Check Net terakhir dipenghujung tahun 2008 telah dikendalikan oleh 9W2SUF (Ahmad Sufian bin Mat Isa) dari Wakaf PARTS, Silibin, Ipoh, Perak. Sempat juga teman ber"check net" sebagai pemanggil yang ke-26.
"Terima kasih 9W2SUF di sini 9W2LKE kembali, terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada anda Sufian selaku Pengawal Rangkaian penutup net 9M4RIP, pada penghujung tahun ini. Kita memancar dari Base Station, Bandar Meru Raya, Jelapang.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009, kepada semua rakan-rakan HAM dimana saja berada.
Pada hari ini genaplah 1 tahun 5 bulan 1 hari saya sebagai Pemegang Lesen Radio Amatur. Banyak perkara yang dapat dipelajari, ramai rakan baru yang dikenali. Walaupun tidak pernah bersua muka, tetapi layaknya seolah-seolah sudah kenal sekian lama.
Apa yang lebih menarik kita semua seperti adik beradik. Itu lah yang diharapkan dengan menyertai Amatur Radio, kita lebih bersatu dan bersama. 'Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.'
Itu sahaja dari saya 9W2SUF - selamat menjalankan tugas. 9W2LKE , QRT , 73 terima kasih 9M4RIP Jumpa dan jumpa lagi... "

Selasa, 30 Disember 2008

TAKZIAH buat Warga Negeri Sembilan


Alfatihah

Kemangkatan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Tuanku Ja'afar mangkat (86) mangkat pada pukul 11.45 pagi hari Sabtu, 27 Disember 2008 di Hospital Tuanku Jaafar.Tuanku Ja’afar merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesepuluh yang memerintah dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999.

Jenazah tuanku dibawa ke Istana Hinggap Seremban dan dikebumikan pada 28 Disember 2008.Semoga Rohnya Almarhum Tuanku dicucuri rahmat serta digolongkan dikalangan orang-orang yang beriman-amin. Salam Takziah buat Ahli Keluarga Tuanku serta Warga Negeri Sembilan dari saya 9w2LKE.

Daulat Tuanku


Isnin, 22 Disember 2008

Mesyuarat...mesyuarat...mesyuarat

Waduh! dah mula dah.. mula dah start minggu ni hingga lah ke minggu persekolahan bermula. Mesyuarat pentadbiran, mesyuarat kurikulum, mesyuarat panitia, mesyuarat kokurikulum, mesyuarat HEM satu demi satu....
Tapi jika dikenangkan kembali.. dengan mesyuarat dan perbincangan ini lah yang akan menjadikan sesuatu perancangan yang dirancang akan menjadi lebih licin dan mantap. Melihat dimana kelemahan dan kelebihan. Mana yang perlu diperbaiki dan dimurnikan. Barulah ada kelas!!!

Rabu, 17 Disember 2008

Peperiksaan RAE

Selamat berjaya diucapkan kepada rakan-rakan yang akan mengambil Ujian RAE pada hari ini. Semoga anda semua dapat menjawab semua soalan tersebut dengan tenang dan yakin. Semoga apa yang dipelajari dan penantian selama ini beroleh kejayaan. Do your best!! Good Luck
Welcome to the band...
Nine Wisky Two Lima Kilo Echo Standby Over...