Rabu, 31 Disember 2008

CHECK NET TERAKHIR 2008 (PARTS)


Pada tanggal 31 Disember 2008, bermula jam 20:00, Check Net terakhir dipenghujung tahun 2008 telah dikendalikan oleh 9W2SUF (Ahmad Sufian bin Mat Isa) dari Wakaf PARTS, Silibin, Ipoh, Perak. Sempat juga teman ber"check net" sebagai pemanggil yang ke-26.
"Terima kasih 9W2SUF di sini 9W2LKE kembali, terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada anda Sufian selaku Pengawal Rangkaian penutup net 9M4RIP, pada penghujung tahun ini. Kita memancar dari Base Station, Bandar Meru Raya, Jelapang.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009, kepada semua rakan-rakan HAM dimana saja berada.
Pada hari ini genaplah 1 tahun 5 bulan 1 hari saya sebagai Pemegang Lesen Radio Amatur. Banyak perkara yang dapat dipelajari, ramai rakan baru yang dikenali. Walaupun tidak pernah bersua muka, tetapi layaknya seolah-seolah sudah kenal sekian lama.
Apa yang lebih menarik kita semua seperti adik beradik. Itu lah yang diharapkan dengan menyertai Amatur Radio, kita lebih bersatu dan bersama. 'Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.'
Itu sahaja dari saya 9W2SUF - selamat menjalankan tugas. 9W2LKE , QRT , 73 terima kasih 9M4RIP Jumpa dan jumpa lagi... "

Tiada ulasan: