Selasa, 25 November 2008

JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR ke-24


Perasmian Jambori Antarabangsa Johor kali ke-24 telah disempurnakan oleh DYAM TMJ pada 16 November 2008. Satu peristiwa yang akan dikenang oleh semua warga Pengakap. Menjunjung Kasih Tuanku.




Pada 15 - 20 November 2008 yang lalu telah berlangsung Jambori Antarabangsa Johor, bertempat di Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor. Ini lah kali pertama teman menjejak kaki dibumi Johor ini, seperti bermimpi rasanya.
Peringkat awalnya Negeri Perak tidak dapat menghantar Kontinjen kerana kesuntukan masa. Hasil dari perbincangan bersama rakan-rakan di 'local land' Taiping. Kami bersetuju untuk ke sana walaupun hanya sebagai pelawat sahaja. Inilah yang dikatakan 'once a scout always a scout'.


Bergambar kenangan bersama rakan 9w2SLK- Najib and 9w2AYA.
Dengan ucapan "Jadi Jangan Tak Jadi"




Rakan-rakan 'local land' dari Taiping (9w2NPT, 9w2JPT, 9w2OPT, 9w2HPT, 9w2XPT, 9w2BPT, 9w2LKE dan swal Hafiz)




FAKTA :
Manara perasmian itu diberi nama Menara Pengakap Tanjung Laboh
Fungsi menara adalah sebagai menara peninjau, dan dijadikan mercu tanda jambori serta gimik perasmian pembukaan dan penutup Jambori Antarabangsa Johor ke-24 Tahun 2008
Disiapkan dalam tempoh 26 hari sahaja iaitu bermula pada 20 Oktober 2008
100% Original Hand Made...
Didirikan dengan tenaga kerja lebih kurang 15 orang krew kelana kem Negeri Johor
Ketinggian 40.8 meter dari tanah
Lebar 6.09 meter
Panjang 27.43 meter
Bahan digunakan lebih kurang 3,000 batang buluh
Tali yang digunakan lebih kurang 300 kilogram
Kos perbelanjaan RM25,000.00 sahaja

Model Menara Pengakap Tanjung Laboh ini telah dipersembahkan dan sebagai cenderahati kepada DYAM TMJ daripada PPM Negeri Johor

p/s : Tahniah kepada semua krew yang telah berjaya mendirikan menara ini.
"BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH"




Station Radio Amatur, Jambori Antarabangsa Johor.
Salam Contact Perdana terutama sekali kepada 9m2DA (Pak Deen) , 9w2LNT (Mar lina) , 9m2RT (Razif) , 9w2PCK (Choy) , 9w2MKZ (k-Rol) , YG5NIK (IFA from Batam), 9w2SLK (Najib) dan 9w2AYA. Antara rakan HEM yang sempat ditemui. 73




Antara menu makanan yang teman begitu teruja rasa masakannya. Masak Asam Pedas Ikan Pari dan Lontong Johor. (bila lah nak dapat rasa lagi masakan ini...)

Mercu Tanda Tanah Terselatan Benua Asia
(The Landmark For The Southernmost Tip Of Mainland Asia)






Mercu tanda yang tersergam indah ini dibina pada 2001 bagi menandakan kedudukan geografi Tanjung Piai yang unik iaitu "Tanah Terselatan Benua Asia".
Secara tepat lokasinya berada pada latitude 01 16 utara/ longitude 103 30.46 timur.
Ia dibina daripada gentian konkrit mesra alam berukuran 20m tinggi dan 10m lebar. Warna kelabu pada mercu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya bakau dan dataran lumpurnya.
Daun pelepah Paku Piai (Acrostichum Aureum) diukir dipermukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau disini.
Peta dunia yang terdampar menunjukkan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia, supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelancung.
















Tetapi malang sekali kami tidak dapat melawat ke penghujung Tanjung Piai kerana pelantar pejalan kaki yang dibina mengalami kerosakan dan sedang dalam pembinaan.




p/s: Apa pun teman rasa berbangga kerana menjadi antara rakyat Malaysia yang telah berjaya sampai ke Tanah Terselatan Benua Asia.

Tiada ulasan: