Sabtu, 29 November 2008

AL-WALIMATUL URUS


Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada Tn. Hj. Mahadi (9w2PHE) yang bakal menerima menantu pada hari ini 29 Nov 2008 (Sabtu). Tahniah juga kepada anakanda beliau iaitu Hafizul Effendi (9w2HE) serta pasangan. Selamat menempuh alam berumah tangga.
Ribuan terima kasih diucapkan Tn. Hj. Mahadi (9w2PHE) kerana sudi menjemput kami sekeluarga. Insyaallah jika tiada aral melintang, sampailah kami sekeluarga ke sana.
Pagi esok kenalah monitor pengulang PARTS, tentu ada rakan-rakan yang nak berkonvoi ke sana boleh teman join sama.
p/s: tiap kali tengok pengantin atas pelamin, teringat masa teman bersanding dahulu...hehehe

Tiada ulasan: