Sabtu, 28 Disember 2013

Hari Pertama Melapor diri ke SK Jati, 30020 Ipoh

Jam 8.00 pagi, aku melapor diri di Sekolah Kebangsaan Jati, Jelapang, Perak. Sekolah ini memang tidak berapa jauh dari rumahku, kira-kira 3.5 km sahaja.
Ini lah kali pertama aku bersua muka dengan Guru Besar, SK Jati - En Ahmad Zahudi bin Abdul Aziz. Menurut beliau, sebelum ke sekolah beliau lama di Jabatan Pelajaran Perak sebelum dilantik menjadi Guru Besar di sini. Orangnya peramah dan bercita-cita tinggi, agak lanjut juga kami bersembang (berkenalan) baru perasan ada satu mesyuarat pagi ini.

Kalau dahulu di SK Seri Tanjung, Tanjung Rambutan, staf 13 orang dan muridnya cuma 105 orang tapi di sini lebih kurang 55 orang dan muridnya dalam 670 orang.

Ini bermakna aku kena bertukar!!! Aku yang dahulu, bukan yang sekarang....