Tanggal 4 Jun - 15 Jun 2010. Jambori Budaya Serumpun. Indonesia-Malaysia 2010. Pada tahun buat julung kalinya diadakan di bumi Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia. Perjalanan darat mengambil masa 2 jam dari Lapangan Terbang Minangkabau, Padang ke sini. Tanah Datar juga dikenali sebagai Kota Visata atau kota Perlancungan kerana banyak kesan peninggalan sejarah selain bentuk muka buminya, yang terletak 1000 M dari paras laut. Memang dingin bagai di Cameron Highland.
Jambori ini juga merapatkan hubungan serumpun dan budaya bangsa Indonesia-Malaysia.
Menjalinkan persaudaraan dalam berpengakap selain mendalami budaya dan adat setempat.

Berkesempatan bertemu dengan YC5 SQE

Ucapan Selamat Datang dari tuan rumah. Sebelah saya YC5 HCJ Bapak Jamaris Wali Nagari Pagaruyung.

Penat tapi lega kerana telah selamat sampai.

Sehari awal kami ronda di Bukit Tinggi..

Istana Besar Pagaruyung

Bersama rakan-rakan Kontinjen Perak (tepi sekali 9w2ZPL)

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato Alimuddin dan isteri turut hadir.

Pramuka

Lawatan ke Muzium Keretapi Kota Sawahlunto

Sebahagian dari Kontinjen Perak


Muzium Melombong Arangbatu


Danau Singkarak

Walaupun tasik tetapi ombaknya kuat seperti ditepi lautan... hebatnya ciptaan Allah

Cikgu Zol membelakangi Gunung Berapi (masih aktif)

Pengangkutan yang biasa kelihatan


Orang Kedah (melancung) jumpa di sini. Salam Kenal tapi nama sudah lupa.

Ole-ole untuk orang rumah...


Lubang Jepang- Tempat persembunyian tentera jepun.


Lubang tempat tentera Jepun humban mayat tenaga kerja yang sudah tidak bermaya atau mati.



Peninggalan Rumah Adat yang terbakar.




Terima kasih, Cikgu Hanizah bersama suami (Fauzi) banyak membantu



Penutup Kem berangkut barang

Akhirnya merasa jugak masakan Malaysia, tak sabo beno rasanya nak tunggu sampai Malaysia, kesempatan yang ada dan atas kerjasama dari pandu putri. Kami ramai-ramai masak Nasi Goreng




Di Airport Minagkabau, Padang Jam 4 pagi dari Tanah Datar 2 jam perjalanan alhamdulillah sampai.... jalan serupa ular kena palu daaa.....



Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur panjang,
ada masa ketemu lagi....