Pagi tadi 16 Dis 2009, adalah lawatan pertama beliau bertemu dengan Doktor Pakar. Banyak perkara yang perlu dilengkapkan, tambahan sekarang ayahnda teman sudah tidak berapa jelas penglihatannya disebabkan dek penyakit kencing manis dan darah tingginya.
Walaubagaimana pun tahniah diucapkan kepada semua warga IJN atas layanan dan perkhidmatan yang diberikan. Alangkah baik jika semua Kakitangan Hospital Kerajaan kita turut mengikut langkah Mesra Pelanggan yang diamalkan. "MESRA SELALU" & "BOLEH SAYA BANTU ANDA"
Alhamdulillah, menurut doktor pakar, ayahnda teman dinasihatkan untuk mendapat rawatan pertama pada 8 Jan tahun depan. Semoga Abah cepat sembuh...Kita hanya merancang Tuhan sahaja yang menentukan. Amin!
P/S: GPS teman betul-betul telah berjaya menunjukkan prestasinya... senang beno rasanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan