Isnin, 30 November 2009

KENA PANAH PETIR!!!

Semalam menjanjikan satu sejarah. Antenna Sliver thunder yang ditegakkan pada mei 2009 lalu telah dipanah petir kira-kira jam 5 petang semalam.

Keadaan pada petang tu, hujan renyai-renyai.. tiada kedengaran bunyi kilat yang sabung menyabung...

Kami sekeluarga bersantai minum petang sambil pekena Bubur Dorian. Menonton DVD cerita "Antu Fighter" lakonan Awie. Harmonik teman, Angah dok layan net ..
tiba-tiba satu bunyi yang amat kuat umpama ledakan bom betul-betul dirumah kami. Terus blackout satu rumah.

Benda pertama yang teman tengok apa lagi ... Silver Thunder la.. Berlari keluar rumah. HABISSSS!!! habiss!! tinggal tiang jeee.. tapi teman memang dah jangka perkara ini akan terjadi. Bagaimana pun teman redha ..

Hari ni baru nak naik atas bumbung tu nak tengok dengan lebih dekat keadaan sebenar Silver Thunder tu. Nanti teman amik gambor.

Kerosakan/ kerugian selepas peristiwa tersebut.
1. Silver Thunder kena panah petir
2. Slitter terbakar
3. Modem Billion (out) - nasib baik dapat gantian percuma.
4. CPU and monitor (keluar asap) - kena hantar wad tak tau apa yang cedera.
5. 5 plug fius - terbakar

Rupa-rupanya rumah jiran sekeliling pun "Blackout" sama.
Nasib baik 'Abang Api (TNB)' cepat datang tukar fius...kalo idak begelap le kami malam tadi. ..deme memang cekap dan efision. Terima kasih sekali lagi.

p/s: apa pun alhamdulillah kami sekeluarga selamat... Amin

1 ulasan:

tyco77 berkata...

Syukur le bro...tak de kejadian yg tak diingini.Anyway pasal antenna tu pastikan le ciri-ciri keselamatannya dipatuhi dulu. TQ