Ahad, 19 Oktober 2008

CQ.. CQ.. CQ.. 9M1CSA - JOTA STATION PERAK STAND BY OVER





Baru-baru ini 17 - 19 Okt 2008, telah berlangsungnya Jamboree On The Air, atau ringkasnya JOTA adalah satu aktiviti komunikasi Pengakap menggunakan radio amatur. JOTA Dunia, yang diadakan setiap tahun dalam bulan Oktober, bakal disertai lebih 560,000 pengakap. Ianya merupakan perhimpunan terbesar para pengakap setiap tahun.Sejak tahun 1958, JOTA Dunia diadakan setiap tahun selama 2 hari iaitu pada hujung minggu lengkap kedua dalam bulan Oktober.


Pada tahun tahun ini PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PERAK mengambil peluang turut serta secara rasminya. Dengan menggunakan callsign 9M1CSA, Station Jota Perak bertempat di Caravan Park, Taman Tasik Taiping.




9M2AGC- Cikgu Azlan

menaikkan antena

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, semoga berjumpa lagi ditahun hadapan. Terima kasih rakan.


tapak perkhemahan, sungguh nyaman dan menyegarkan....moga ketemu lagi di JOTA 2009

p/s: 9w2yzu kak yung, kita copy gambo, boleh yeeee..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...
bang, salam contact kenal...
di sini, 9W2SLK handle najib...
nk tanya, stesen 9M1CSA ada buat lencana tak utk JOTA yg lepas ni???
if ada, abg tolong hubungi saya...

017-7000756
najibSLK@gmail.com

73 DE 9W2SLK

9W2LKE berkata...

salam contact perdana 9W2SLK

lencana jota kami ada buat tapi tiada lencana khas untuk station jota perak. jika berminat sila hubungi saya melalui email akela_perak@yahoo.com