Jumaat, 22 Ogos 2008

Cuti-cuti Malaysia

Bercuti ke Pahang.
Cuti sekolah kembali lagi, inilah yang dikatakan kalau tak merancang semuanya menjadi... yang dirancang-rancang hanya tinggal rancangan.
Benornya pada plan awal nak bercuti ke Teluk Batik, Lumut aje. Mengikut rakan-rakan Radio Amatur Vee99 menyambut Hari Keluarga di sana, tapi malangnya program terpaksa ditunda kerana masalah hotel yang telah habis ditempah al-maklum je lah cuti sekolah.
Harmonik dah gelisah dok tanya cuti ni tak ke mana-mana ke???
Hasil perbincangan singkat dengan XYL persetujuan dicapai, ke Felda Kecau, Kuala Lipis, Pahang kite... Al-maklum ibunda mertua teman dah hampir setahun berada di rumah kakak ipar. Rindu jugak rasanya...

16 Ogos 2008
Bertolak dari rumah jam 8 pagi.. macam-macam lah kerenah harmonik. Cadangnya nak keluar lebih awal lagi.
Kami bersarapan di Bercham kat Kampung SC. Sempat juga QSO dengan swal XNX yang bermobil ke Bandaraya Ipoh dan swal MAN. Pada swal MAN sempat juga teman oder "Pencakar Langit" harap-harap dapat pakai raya nanti.... hehehe.

Perjalanan diteruskan ke Pantai Timur, melalui Simpang Pulai menuju ke Kampung Raja dan seterusnya ke Gua Musang, Kelantan. Singgah digerai Mek pekena Nasi Dagang, rasa memang ori la.. ada class. Dari Gua Musang ke simpang menghala ke Kuala Lipis, Pahang.
Alhamdulilah perjalanan lancar dan selamat tiba ke Felda Kecau, Kuala Lipis, Pahang tepat jam 1.30 tengahari.
*Tak sempat nak bergambo lupa langsung pasal bergambor.

17 Ogos 2008
Hari ini kami terpaksa bertolak balik, walau pun sekejap tetapi amat bermakna.. melepaskan rindu kepada opah kesayangan mereka. Ini kerana banyak lagi agenda yang menunggu sepanjang minggu ini.
Selasa ini teman ada kelas tambahan buat pelajar tahun 6 yang mengambil UPSR. Orang kata buat "touch up" sikit mana yang perlu. Kejayaan mereka kejayaan kita juga, semoga semuanya berjaya.
Rabu ni pulak ada exam PTK buat guru-guru DGA32 yang sewaktu dengannya. Exam kat SMK Tanjung Rambutan. Jam 9.00 pagi ... Entah le apa yang nak diperiksa baca ape ke benda idak berserah aje le..
XYL teman pulak ada kursus diPutrajaya, hal keje dialah hari Khamis dan Jumaat ni..
ALONG swal KE1 pulak ada latihan tarian kebudayaan semperna Sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 51 ni. Berkampung di SMK Sungai Rokam, hari Rabu hingga Jumaat ni...
Macam tu lah... itu yang terpaksa dilayan semuanya pada awal-awal minggu cuti ni. Agar tak ada yang terlepas.

Dalam perjalanan pulang melalui Lebuhraya Timur Barat, kami singgah sebentar (semalam) ke Genting Highland. Harap-harap ada bilik untuk di sewa.
Tiba di puncak genting jam 1.30 tengahari, Setelah menunggu hampir 2 jam barulah conform ada bilik. Alhamdulillah, kami dapat menyewa disebuah apartment 2 bilik di Apartmen Ria, kira-kira 1 km ke kawasan peranginan genting.
Cuaca ok, cerah dan dingin....
Jam 3.40 petang
Mula masuk apartment, apa lagi ke "bidor"(tidor) le dulu..

Jam 7.00 petang
Bersiap nak meronda kawasan setempat, naik "teksi sapu" ke puncak genting kalu bawak kereta takut tak ada parking.

Jam 11.00 malam
Balik ke apartment, rupa-rupanya cuaca hujan lebat kat luar ni.
Sampai bilik harmonik pandai cari bantal, penat dan keletihan.
Esok ada agenda yang lebih lebat... zzzzzz


Baru tiba di Genting Highlang 17/08/08. Esoknya Genting Highland 18/08/08

Swal LK1 bersama bunga...Lepaskan penat sambil cuci mata

Tu dia ... tembak jangan tak tembak

dalam bilik apartment ....Meronda ...

Sejuk -7 c






18 Ogos 2008
Turun dari Genting Highland jam 7.00 malam setelah selesai melayan kerenah harmonik kalau boleh semuanya permainan yang ada nak dicubanya. Memandangkan hari semakin gelap kami terpaksa turun dulu...

Perjalanan melalui Batang Kali dan seterusnya ke Kubu Baru kemudian masuk Lebuhraya Utara Selatan- Rawang amat membosankan apa idaknya depa semua tido.. teman tinggal sorang bertemankan audio rakan-rakan Radio Amatur.

Masuk je Lebuhraya Utara Selatan lega rasanya... terus memecut laju ke Utara.
Al-hamdulillah selamat tiba di Ipoh jam 10.00 malam singgah di Bercham makan malam .




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak aci... pegi tak ajak.. uwekkkk!!!