Jumaat, 7 Januari 2011

SK SERI TANJUNG, 31250 TANJUNG RAMBUTAN

Sekolah Kebangsaan Seri Tanjung, 31250 Tanjung Rambutan, Perak letaknya di Kampung Tonggang, Tanjung Rambutan. Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tonggang, kira-kira 7 km dari pekan Tanjung Rambutan.

Mulai 3 Januari 2011, teman telah ditugaskan mengajar di sini. perasaan bercampur baul, suka, duka, kecewa, hampa dan macam-macam ada...

Pagi itu pulak hujan lebat.. ah! macamana nak ke sana ni. Baju hujan pun tak ada!!
Teman mengambil keputusan hubungi Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Razali.
Alhamdulillah! katanya tak mengapa lewat sikit.. Naik apa? tanyanya.
Teman jawab, "motor". Dia kata, Ha! elok la tu, kalau kereta susah sikit, hati-hati memandu, hujan ni.. Terima kasih Cikgu!

Sebenarnya, teman pernah sekali ke sekolah ini, masa tu teman ditugaskan sebagai Guru Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Sekolah Chepor kekurangan buku, nak tak nak terpaksa teman mendaki bukit Kampung Tonggang ini. So, sedikit sebanyak teman dah dapat gambaran perjalanan ke sana.


Sekolah Kebangsaan Seri Tanjung, 31250 Tanjung Rambutan, Perak





Lubuk ikan....jom pancing !!!



Jalan tar menuju ke Kampung Tonggang, baru dibina 2009



Perhimpunan pagi diadakan dikantin sekolah, hujan masih belum reda...
Cikgu Amrikh Singh, Cikgu Darus (PK HEM) dan Cikgu Razali (PK1)

Cikgu Muslim, Cikgu Fazli dan Cikgu Shakrani


Cikgu Zaliza, Ustaz Abdullah dan Cikgu Amrikh Singh


Sebahagian daripada pelajar SKST






Kelas Tahun 3.

Anak didik teman, 10 orang semuanya, tergambar perasaan gembira mereka menerima kehadiran teman. Tersentuh hati disanubari.
Sesungguhnya mereka, dahagakan ilmu.. rasa menyesal pun ada, kerana pada mulanya teman memprotes, apabila ditugaskan di sini..

Tetapi hari pertama melapor diri, hatiku dah tertambat, rasa keinsafan.. melihatkan keadaan mereka. Teman akan buktikan sekolah ini juga boleh mengeluarkan pelajar 5A. Pelajar di sini juga setanding dengan mereka diluar sana.

Insyaallah teman akan tumpukan seluruh jiwa dan raga demi meningkatkan pencapaian akademik dan status hidup mereka.

Amanah yang diberi,
kami tak persiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai tetap kami tunaikan......

( sebahagian dr rangkap lagu - MPIK)



Cikgu Wan, Cikgu Muslim, Cikgu Amrikh Singh dan Abg Halim (PT)


Cikgu Raymonde






Perkampungan orang asli, Kampung Tonggang



Pemandangan dari sekolah


menunggu giliran...



Datang dengan Harapan,
Pulang dengan Kejayaan...


Mengapa ditukarkan?
Pertukaran ini adalah atas kepentingan perkhidmatan, nampaknya tenaga dan kepakaran yang ada pada teman lebih diperlukan di sini. Insyaallah, teman akan curahkan ilmu dan bakti di sini demi Agama, Bangsa dan Negara.

p/s: Doakan sahaja kesihatan teman... Amin

3 ulasan:

ada berkata...

Ssemoga dipermudahkan segala urusan,. hati2 bawak moto,. jalan nampak macam bahaya..

9W2LKE berkata...

terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

first tyme ke sk sri tnjung.....buat progrm kt sne....
mmg mncabar...tp best adventure....suka mlhat mrka gmbira mnymbut kdtngn kami.....=)

love u all...----<@