Selasa, 5 Ogos 2008

PARTS Amateur Radio Treasure Hunt 2008

Pada tanggal 03 Ogos 2008, PARTS (Perak Amateur Radio Transmitter's Society) telah menganjurkan satu aktiviti Treasure Hunt 2008. Inilah julung-julung kali diadakan Treasure Hunt (arahan/klu) berasaskan berkomunikasi melalui radio amatur.
Gang teman, 9W2PPR, 9W2LKE, 9W2PSP dan SWAL AGP. Sebenornya ada sorang lagi iaitu pengasas kumpulan, orang yang sibuk cari rakan-rakan untuk cukupkan team tapi dia pulak yang terkandas atas urusan keluarga. Orangnya ialah 9w2DTL, anyway kami tak persiakan hasrat murni anda pijoi, akhirnya gang kami diumumkan sebagai pemenang bagi Treasure Hunt 2008 anjuran PARTS ini.



Gang teman 9W2LKE, SWAL AGP, 9W2PPR dan 9W2PSP .
Lokasi pertama : Taman Jepun, kat Taman DR

Sebenornya pada teman semua team yang mengambil bahagian adalah pemenang cuma yang lebihnya gang teman dapat hadiah, hehehe. Apa idaknya semua team berjaya menyudahkan tugasan yang diberi. Walaubagaimana pun the best is win.


Check Point ke-2
Klu: Singgah le... Macam-macam ada


Check Point ke-3
Klu: Pintu Masuk B


Check Point ke-4
Klu: Bangunan yang mempunyai 120 kubah.



Check Point ke-5
Klu : Pada ketika ini sedang diadakan Syaimbara Puisi semperna Hari Kemerdekaan ke-51


Check Point ke-6
Klu : Batu Peringatan di persimpangan Jalan Raja Azlan Shah, Raja Permaisuri Binun dan Raja Nazri Shah


Check Point ke-7
Klu : Bangunan yang mendapat nama sinonim sebagai Taj Mahal Perak.


Check Point ke-8
Klu : Bangunan yang baru ditukar nama semperna nama Raja Permaisuri Bainun.


Check Point ke-9
Klu : Antik, Unik, Klasik


Check Point ke-10
Klu : Bandar yang hilang


Check Point ke-11
Klu : direct translation - depan sungai ipoh


Check Point ke-12
Klu : Pokok Ipoh


Check Point ke-13
Klu : Setiap yang bermula akan berakhir


AKHIRNYA.... setelah menjelajah Bandaraya Ipoh selama lebih kurang 6 jam, team kami diumumkan sebagai JOHAN Treasure Hunt 2008. Anjuran PARTS (Perak Amateur Radio Transmitter's Society)


Hadiah disampaikan oleh Pak Lop 9w2SLJ Bapak President

Terima kasih kepada semua, terutama sekali kepada pihak penganjur serta kru-kru lanun yang telah berjaya menganjurkan aktiviti yang julung-julung kali ini.
Jumpa lagi ditahun depan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahahha..abang gua mmg best dan hebat!!!! mesti hamper tu dah habeh..