Rabu, 26 Januari 2011

LAWATAN JEMAAH NAZIR - SELAMAT DATANG

Suatu subuh yang hening, SK Seri Tanjung, Tanjung Rambutan
26 Januari 2011 - Rabu

En. Zulkifli b. Yahya (Ketua Nazir Cawangan Taiping) bersama
Tn. Hj. Basharuddin (Guru Besar, SKST)
Penilaian Tawaran Baru Untuk Guru Besar



Cikgu Razali Basirun bersama Pn. Zabibi Wati (Nazir dari Putrajaya)
melawat kawasan sekolah..



En. Veerakumar - Nazir Cawangan Taiping
sedang memantau..



Cikgu Amrik Singh



Ustaz Abdullah turut sibuk membantu kelancaran agihan RMT
makan apa hari ini... Roti Canai


Doa dibaca sebelum makan...



makanan kegemaran..



Taklimat ringkas dari Ketua Nazir Cawangan Taiping
En. Zulkifli b. Yahya









Ucapan terima kasih daripada Guru Besar... semoga sukses boss!!!

M.A.K - MESYUARAT AGUNG KAWASAN (KOPERASI)- BATAL

Guru yang hadir
Mesyuarat Agung Kawasan Ipoh 15
SMK Aminuddin Baki, Chemor (23 Jan 2011)
Pengumuman yang diumumkan mengembirakan yang hadir..
"Kita masih tidak cukup korum !!! lagi 8 orang..jika masti tidak cukup korum mesyuarat terpaksa dibatalkan..." humm

Semua nampak gelisah...


boring....


AKHIRNYA...
Semua yang hadir dapat "duit" hadir mesyuarat, walaupun majlis terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup korum.... heheheh



p/s: Bila nak panggil M.A.K lagi!!!

Ahad, 9 Januari 2011

PROJEK DRIVE-THRU - PARTS 2011 - MERIAH !!!

Matlamat Projek ini...

* Memberi nasihat teknikal kepada ahli-ahli tentang pemasangan antenna dan transmitter pada kereta.

*Memberi pendedahan kepada ahli-ahli langkah-langkah penjagaan Set Transmitter pada kereta.

*Memberi pendedahan kepada ahli-ahli cara penggunaan SWR meter yang betul.

*Membudayakan ahli PARTS mempunyai skill " technical competence".

* Kesemua hasil kutipan dari projek ini akan disalurkan terus kepada "Tabung/Dana Tower" diWakaf PARTS.

Terima kasih kepada semua rakan yang menjayakan projek ini. Kredit diberikan kepada 9M2SLJ Pak Lop, 9W2SBD Solehan, 9W2SUF Sofian, 9W2HBC Anip dan semua yang tidak dapat dicatatkan di sini, kalau bukan kita siapa lagi....


menunggu giliran


memang sibuk...











p/s: Terima kasih 9W2SBD, saya ambil maklumat dari blog anda.

Sabtu, 8 Januari 2011

Lori Rempuh Tiga Bangunan di Chemor


Kejadian berlaku pagi Khamis 6 Januari 2011. Kebetulan semalam teman tidak bertugas kerana menguruskan kemasukan harmonik ke SM Teknik, Jalan Brash, Ipoh. So pagi tadi (Jumaat) sempat merakamkan kesan 3 bangunan yang musnah dirempuh oleh lori tersebut.

Yang teman tahu, salah sebuahnya adalah Kedai Gunting Rambut. Teman pun pernah sekali gunting rambut di situ. Nasib baik kejadian itu berlaku pagi, so kedai pun tak buka lagi. Kalau tidak... entahlah. Pemandu lori diberitakan cedera parah dibahagian kaki.

p/s: Pandu Cermat Ingat yang Tersayang...

Jumaat, 7 Januari 2011

SK SERI TANJUNG, 31250 TANJUNG RAMBUTAN

Sekolah Kebangsaan Seri Tanjung, 31250 Tanjung Rambutan, Perak letaknya di Kampung Tonggang, Tanjung Rambutan. Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tonggang, kira-kira 7 km dari pekan Tanjung Rambutan.

Mulai 3 Januari 2011, teman telah ditugaskan mengajar di sini. perasaan bercampur baul, suka, duka, kecewa, hampa dan macam-macam ada...

Pagi itu pulak hujan lebat.. ah! macamana nak ke sana ni. Baju hujan pun tak ada!!
Teman mengambil keputusan hubungi Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Razali.
Alhamdulillah! katanya tak mengapa lewat sikit.. Naik apa? tanyanya.
Teman jawab, "motor". Dia kata, Ha! elok la tu, kalau kereta susah sikit, hati-hati memandu, hujan ni.. Terima kasih Cikgu!

Sebenarnya, teman pernah sekali ke sekolah ini, masa tu teman ditugaskan sebagai Guru Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Sekolah Chepor kekurangan buku, nak tak nak terpaksa teman mendaki bukit Kampung Tonggang ini. So, sedikit sebanyak teman dah dapat gambaran perjalanan ke sana.


Sekolah Kebangsaan Seri Tanjung, 31250 Tanjung Rambutan, Perak





Lubuk ikan....jom pancing !!!



Jalan tar menuju ke Kampung Tonggang, baru dibina 2009



Perhimpunan pagi diadakan dikantin sekolah, hujan masih belum reda...
Cikgu Amrikh Singh, Cikgu Darus (PK HEM) dan Cikgu Razali (PK1)

Cikgu Muslim, Cikgu Fazli dan Cikgu Shakrani


Cikgu Zaliza, Ustaz Abdullah dan Cikgu Amrikh Singh


Sebahagian daripada pelajar SKST






Kelas Tahun 3.

Anak didik teman, 10 orang semuanya, tergambar perasaan gembira mereka menerima kehadiran teman. Tersentuh hati disanubari.
Sesungguhnya mereka, dahagakan ilmu.. rasa menyesal pun ada, kerana pada mulanya teman memprotes, apabila ditugaskan di sini..

Tetapi hari pertama melapor diri, hatiku dah tertambat, rasa keinsafan.. melihatkan keadaan mereka. Teman akan buktikan sekolah ini juga boleh mengeluarkan pelajar 5A. Pelajar di sini juga setanding dengan mereka diluar sana.

Insyaallah teman akan tumpukan seluruh jiwa dan raga demi meningkatkan pencapaian akademik dan status hidup mereka.

Amanah yang diberi,
kami tak persiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai tetap kami tunaikan......

( sebahagian dr rangkap lagu - MPIK)



Cikgu Wan, Cikgu Muslim, Cikgu Amrikh Singh dan Abg Halim (PT)


Cikgu Raymonde






Perkampungan orang asli, Kampung Tonggang



Pemandangan dari sekolah


menunggu giliran...



Datang dengan Harapan,
Pulang dengan Kejayaan...


Mengapa ditukarkan?
Pertukaran ini adalah atas kepentingan perkhidmatan, nampaknya tenaga dan kepakaran yang ada pada teman lebih diperlukan di sini. Insyaallah, teman akan curahkan ilmu dan bakti di sini demi Agama, Bangsa dan Negara.

p/s: Doakan sahaja kesihatan teman... Amin