Isnin, 9 Ogos 2010

Kibarkan JALUR GEMILANG...


Base Station : 9W2LKE







p/s: Tiang antenna digunakan sementara sebagai tiang bendera Jalur Gemilang. Entah bilalah antenna teman nak naik!! huhuhu

Jumaat, 6 Ogos 2010

1st PANGKOR SCOUTS CHALLENGE 2010


Tanggal 30 Julai - 1 Ogos 2010- 1st Pangkor Scouts Challenge 2010. Bertempat di Kem Rimba, Pulau Pangkor. Seramai 137 orang peserta yang terdiri dari Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana, telah menyahut cabaran Pulau Pangkor.

Cabaran ini berlansung selama 3 hari 2 malam ini, sememangnya menguji ketahanan fizikal dan mental peserta. Membentuk keyakinan dan melatih belia memimpin dengan lebih baik.


seronoknya...


Berenang....


berkhemah...


bersama pegawai teknikal...


check point... selesaikan tugasan anda.!!!


antara cabaran...


berlari!!



berkayak...


bila penat.. makan pun lalu.!!!



gimik perasmian penutup oleh YB Zainol Fadzi Paharuddin selaku Exco Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Negeri Perak.. berhubung dengan station Check Point..


Tahniah kepada pemenang..


Terima kasih daun keladi..

p/s; Tahun depan acara ini akan dibuka ke peringkat kebangsaan.. so apa kata rakan-rakan dari negeri lain... ada berani!!

MAJLIS PENGANUGERAHAN BINTANG, PINGAT DAN SIJIL PENGAKAP RAJA 2010




Barisan kepimpinan Persekutuan Pengakap Malaysia, Negeri Perak Darul Ridzuan.



Menjunjung Kasih Tuanku, kerana mencemar duli hadir ke majlis ini.


Barisan VVIP




Bersama isteri tercinta, Siti Rahmah binti Osman. Terima kasih sayang, kerana sentiasa faham dan menyokong segala aktiviti yang diceburi... i love u!!

Pingat Perkhidmatan Baik (PPB) 2006


Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) 2010


Pingat Peringatan 100 tahun Pergerakan Pengakap

p/s: Bukan pingat yang dikejarkan tetapi mendidik dan membentuk generasi masa depan adalah impianku.. Bumi ini hanya dipinjamkan oleh generasi akan datang semoga kalian dapat menjadi bumi ini berkekalan hingga ke anak cucu...

Reunion Asrama Putra.Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka ( 81-85)

Tanggal 10hb Julai 2010 telah menemukan kembali kami bekas penghuni Asrama Putra Kem Terendak, Melaka ( 81-85 ). Majlis ini juga dihadiri rakan-rakan sekolah yang seangkatan iaitu dari Sekolah Menengah Kem Terendak dan Sekolah Menengah Ghafar Baba, Masjid Tanah,
Melaka.

Gambar beramai-ramai bersama tetamu istimewa.. Cikgu Azmi..masih maintain, kami yang nampak lebih tua ...hahahaha


Harery, Kamarul Ariffin, Gua, Husainy, Sahizam
Abdul Razak, Ahmad Kamal


Asrama yang banyak mendidik dan membentuk jiwa yang kental.. walaupun teman tak jadi seorang tentera.

Sekolah Menengah Kem Terendak, teman kat sini 3 tahun (81-83) Kelas Seni Perusahaan.
Seronok dapat kembali semula, setelah 25 tahun meninggalkan bangku sekolah.

Bersama rakan-rakan sekelas mengimbau kembali kenangan dirakam dalam kelas kami semasa tingkatan 3 (1983)




Terima Kasih... Cikgu



Inilah asrama kami... Asrama Putra Kem Terendak, Melaka. Walaupun kami bersekolah disekolah harian biasa tetapi kami tinggal di asrama tentera. Segalanya diselia oleh ATM. Kami diselia oleh seorang warden yang berpangkat PW1.

Teringat time tu... kalau selebeh-selebeh (tak kemas) mesti kena punya... lompat katak, kuih gulung, scramler, helikopter dan banyak lagi... hehehe

Pagi-pagi kena kemas katil semua mesti tegang.. kalo letak duit siling 20 sen atas tilam pasti tak tenggelam..

Tiap hari Sabtu kena kawad... bukan calang-calang Kopral Yusop yang ambik baris..





Wajah baru APAT



p/s: kalau lah dapat diulang kembali ke zaman silam....