22-24 Februari 2010 - Tiga hari dua malam di Hotel Seri Malaysia, Taiping. Seronok aje dengo bunyinya... hehehe.. Ianya bukan satu percutian bersantai tetapi satu amanah dan tugasan yang agak besar demi merealisasikan "NKRA Negara".
Hulamak ape ti NKRA??? NKRA ialah National Key Result Areas . Di antara 6 sasaran NKRA ialah meluaskan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan.
Kursus ini adalah kursus yang terakhir iaitu ambilan ke 14 bagi sekolah di Negeri Perak. Nasib baik teman sempat menyertai kursus ini kerana group PPD Kinta Utara dah terlepas (tak tahu macam mana sekolah teman boleh tertinggal) Group yang terakhir ini adalah dari PPD Kuala Kangsar.
Guru yang terlibat adalah guru yang mengajar Tahun 1 tahun ini. Kursus LINUS Numerasi ini adalah bermatlamat untuk memastikan semua pelajar dapat menguasai numerasi berkecuali kepada pelajar yang berkeperluan khas. Targetnya ialah pada akhir Tahun 2012 semua pelajar Tahun 1 pada 2010 ini tiada lagi yang bermasalah tentang matematik (numerasi).
Dengan ilmu yang ditimba dan pengalaman yang ada, insyaallah teman akan berusaha membantu kerajaan memastikan apa yang dicita menjadi kenyataan. Kerana mereka (pelajar Tahun 1) ini adalah aset negara. Mana tahu suatu hari nanti ada budak sekolah chepor ini yang bakal menjadi Gabenor Bank Negara.
p/s: anyway dah balik taiping, orang kata sambil menyelam minum air. Dapat gak tengo-tengo ngan rakan-rakan 1 Malaysia!! hehehe...