Semalam menjanjikan satu sejarah. Antenna Sliver thunder yang ditegakkan pada mei 2009 lalu telah dipanah petir kira-kira jam 5 petang semalam.
Keadaan pada petang tu, hujan renyai-renyai.. tiada kedengaran bunyi kilat yang sabung menyabung...
Kami sekeluarga bersantai minum petang sambil pekena Bubur Dorian. Menonton DVD cerita "Antu Fighter" lakonan Awie. Harmonik teman, Angah dok layan net ..
tiba-tiba satu bunyi yang amat kuat umpama ledakan bom betul-betul dirumah kami. Terus blackout satu rumah.
Benda pertama yang teman tengok apa lagi ... Silver Thunder la.. Berlari keluar rumah. HABISSSS!!! habiss!! tinggal tiang jeee.. tapi teman memang dah jangka perkara ini akan terjadi. Bagaimana pun teman redha ..
Hari ni baru nak naik atas bumbung tu nak tengok dengan lebih dekat keadaan sebenar Silver Thunder tu. Nanti teman amik gambor.
Kerosakan/ kerugian selepas peristiwa tersebut.
1. Silver Thunder kena panah petir
2. Slitter terbakar
3. Modem Billion (out) - nasib baik dapat gantian percuma.
4. CPU and monitor (keluar asap) - kena hantar wad tak tau apa yang cedera.
5. 5 plug fius - terbakar
Rupa-rupanya rumah jiran sekeliling pun "Blackout" sama.
Nasib baik 'Abang Api (TNB)' cepat datang tukar fius...kalo idak begelap le kami malam tadi. ..deme memang cekap dan efision. Terima kasih sekali lagi.
p/s: apa pun alhamdulillah kami sekeluarga selamat... Amin
Selamat Datang. Terima kasih kerana sudi masuk ke blog ini. Blog ini adalah suka-suka sebagai catatan kenangan abadi kami sekeluarga.
Isnin, 30 November 2009
Masuk 'WAD' lagi...
Dalam tahun ini je, udah 3 kali rakan karib teman ni masuk wad. Asik kena format jee.. kena pebetoi balik kepala otak dia... dek kerana virus yang sedang bermaharajalela di alam cyber ini. Nampak gayanya bitdefender yang dilanggan selama 3 tahun ni x mampu menangkis virus yang ada.
p/s: Apo nak dikato kena layan jugak kalau tak pun nak guna jugak....terpaksa la buat sementara ni teman layan blog dari saltmine.
Selasa, 24 November 2009
Jumaat, 20 November 2009
JOM PI KEDAH & PERLEH
TARIKH : 19hb DEC 2009 SABTU & 20hb DEC 2009 AHAD.
PENGINAPAN : 2 HARI/1 MALAM DI KUALA PERLIS
AGENDA : EYEBALL DENGAN RAKAN KEDAH & PERLIS, MELAWAT PEKAN RABU, GUA KELAM, WANG KELIAN, WANG BURMA, PADANG BESAR & BUKIT KAYU HITAM.... danok.
TENTATIF PROGRAM (program ini adalah free & easy, jadual dibawah sekadar guideline sahaja. Segala cadangan/pendapat dari rakan-rakan amat dialukan)
SATURDAY - 19/12/20099.00am - Bertolak dari Wakaf Parts Ipoh.
12.00pm - Lunch di hentian R&R Gurun2.00pm - Jangka tiba di Changlun (di sambut oleh rakan Ham Changlun)
2.30pm - Minum petang di Base Pak Halim 9W2HZB
5.00pm - Check in Hotel (T Hotel or PNK resort)
8.00pm - Makan malam (pekan kangar) & eyeball dengan rakan Ham Kangar
SUNDAY - 20/12/2009
8.00am - Check out & Breakfast
9.00am - Muzium Allahmarhum Kayang
9.30am - Wang Kelian/Wang Burma
10.30am - Gua Kelam12.00pm - Lunch (Restoran Teratai Putih)
1.30pm - Shopping di Padang Besar
3.00pm - Melawat Bukit Kayu Hitam & Danok (to be confirm)
3.30pm - Melawat Lye Huat Garden Jitra (to be confirm)
6.00pm - Pesta Penang (to be confirm)
9.00pm - Di jangka tiba Ipoh.
Kepada mana-mana rakan lain yang berminat sila hubungi 9w2nim untuk keterangan lanjut.
p/s: Semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan. Amin..

Ipoh ke Kuala Lumpur - 1 Jam 55 minit
Kereta api elektrik Electric-Train-Set (ETS) dijangka beroperasi April tahun depan. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menerima kereta api ETS pertama awal Disember ini.
Mewah dan selesa
ETS mampu menawarkan perkhidmatan pada kelajuan 140 kilometer sejam (140kmj). Berita lanjut sila rujuk Kosmo.
p/s: dulu naik keretapi selalu duduk kat tangga 1988-90 (konsesi 50%)
Isnin, 16 November 2009
Nak Pinang Mana Satu Ni..
PAPAGO R5800
GARMIN NUVI-1340
GARMIN NUVI- 1240
GARMIN NUVI205W
GARMIN NUVI205
GARMIN NUVI-1340
GARMIN NUVI- 1240
GARMIN NUVI205W
GARMIN NUVI205
GARMIN NUVI200W
GARMIN NUVI200
HOLUX GPSmile 6210
HOLUX GPSmile 62E
NEW BRAND-GPS
Teman tengah dok intai-intai mana satu nak di pinang... Rasanya di zaman Cyber ni, GPS ini dah jadi satu keperluan. Tambahan pula kami sekeluarga selalu jugak Jalan-jalan Cari Makan di luar Bandaraya Ipoh.
Tapi buget ciput....hehehe
p/s: Insyaallah.. dengan Bayaran Khas RM500 yang diumumkan oleh Pak Perdana Menteri tu.. lekat jugak satu benda (GPS).
Selasa, 3 November 2009
Alhamdulillah...
Bayaran khas RM500 juga melibatkan semua penerima pencen.
KUALA LUMPUR: Bayaran khas RM500, yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2010 pada 23 Oktober lalu, akan diberikan kepada semua penerima pencen. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyatakan, bayaran khas ini termasuk pesara pilihan dan pesara atas sebab lain serta balu, duda dan anak. Dalam kenyataan JPA untuk menjelaskan perkara itu menyatakan hari ini bahawa pemberian bayaran khas itu juga meliputi penerima pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Penerima pencen yang layak menerima bayaran khas ini ialah mereka yang menerima pencen bulanan pada bulan Disember 2009," menurut JPA. Sebelum ini, bayaran khas itu diumumkan akan diberikan kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib. September lalu, kerajaan mengumumkan bayaran khas kewangan RM500 kepada 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan yang dibayar dua kali iaitu pada September dan Disember yang membabitkan jumlah kewangan RM430 juta.
JPA berkata bayaran melalui bank akan dilakukan pada 14 Disember depan, iaitu sehari sebelum tarikh pembayaran pencen bagi bulan itu yang ditetapkan pada 15 haribulan. "Bagi mereka yang dibayar secara waran, waran berasingan akan dikirimkan pada awal Disember bagi membolehkan penunaian pada 14 Disember 2009," kata JPA. - Bernama

p/s: petikan Berita Harian, Selasa, 03 November 2009 - Teman ingat dah tak merasa dahhhh...hehehe
Langgan:
Catatan (Atom)