Rabu, 31 Disember 2008

SPECIAL CHECK NET (MARTS)


Sempat juga teman ber "Check Net" di Special Check Net - repeter MARTS, ia dikendalikan oleh 9W2PCK (Choy Chee Keong). Jam 23:30. Selaku Pemanggil yang ke-48. Semperna Tahun Baru 2009 dan Maal Hijrah.


"Okey Roger... Thank you 9W2PCK - Brother Choy this is 9W2LKE handle operator KHAIRUL- Kilo Hotel Alfa India Romeo Uniform Lima. From Ipoh, Perak.


We have meet before in Johore International Jamboree last month. I just want to wish "Happy New Year 2009 and Maal Hijrah 1430" .


9W2PCK this is 9W2LKE, QRT, 73 Cario Bye bye.."

ANTENA BARU ????

Tungguuu....

CHECK NET TERAKHIR 2008 (PARTS)


Pada tanggal 31 Disember 2008, bermula jam 20:00, Check Net terakhir dipenghujung tahun 2008 telah dikendalikan oleh 9W2SUF (Ahmad Sufian bin Mat Isa) dari Wakaf PARTS, Silibin, Ipoh, Perak. Sempat juga teman ber"check net" sebagai pemanggil yang ke-26.
"Terima kasih 9W2SUF di sini 9W2LKE kembali, terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada anda Sufian selaku Pengawal Rangkaian penutup net 9M4RIP, pada penghujung tahun ini. Kita memancar dari Base Station, Bandar Meru Raya, Jelapang.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009, kepada semua rakan-rakan HAM dimana saja berada.
Pada hari ini genaplah 1 tahun 5 bulan 1 hari saya sebagai Pemegang Lesen Radio Amatur. Banyak perkara yang dapat dipelajari, ramai rakan baru yang dikenali. Walaupun tidak pernah bersua muka, tetapi layaknya seolah-seolah sudah kenal sekian lama.
Apa yang lebih menarik kita semua seperti adik beradik. Itu lah yang diharapkan dengan menyertai Amatur Radio, kita lebih bersatu dan bersama. 'Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.'
Itu sahaja dari saya 9W2SUF - selamat menjalankan tugas. 9W2LKE , QRT , 73 terima kasih 9M4RIP Jumpa dan jumpa lagi... "

Selasa, 30 Disember 2008

TAKZIAH buat Warga Negeri Sembilan


Alfatihah

Kemangkatan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Tuanku Ja'afar mangkat (86) mangkat pada pukul 11.45 pagi hari Sabtu, 27 Disember 2008 di Hospital Tuanku Jaafar.Tuanku Ja’afar merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesepuluh yang memerintah dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999.

Jenazah tuanku dibawa ke Istana Hinggap Seremban dan dikebumikan pada 28 Disember 2008.Semoga Rohnya Almarhum Tuanku dicucuri rahmat serta digolongkan dikalangan orang-orang yang beriman-amin. Salam Takziah buat Ahli Keluarga Tuanku serta Warga Negeri Sembilan dari saya 9w2LKE.

Daulat Tuanku


Isnin, 22 Disember 2008

Mesyuarat...mesyuarat...mesyuarat

Waduh! dah mula dah.. mula dah start minggu ni hingga lah ke minggu persekolahan bermula. Mesyuarat pentadbiran, mesyuarat kurikulum, mesyuarat panitia, mesyuarat kokurikulum, mesyuarat HEM satu demi satu....
Tapi jika dikenangkan kembali.. dengan mesyuarat dan perbincangan ini lah yang akan menjadikan sesuatu perancangan yang dirancang akan menjadi lebih licin dan mantap. Melihat dimana kelemahan dan kelebihan. Mana yang perlu diperbaiki dan dimurnikan. Barulah ada kelas!!!

Rabu, 17 Disember 2008

Peperiksaan RAE

Selamat berjaya diucapkan kepada rakan-rakan yang akan mengambil Ujian RAE pada hari ini. Semoga anda semua dapat menjawab semua soalan tersebut dengan tenang dan yakin. Semoga apa yang dipelajari dan penantian selama ini beroleh kejayaan. Do your best!! Good Luck
Welcome to the band...
Nine Wisky Two Lima Kilo Echo Standby Over...

Sabtu, 29 November 2008

Selamat Pengantin Baru


Hari yang ditunggu dah tiba, tahniah diucapkan kepada Saudara Hafizul (9w2HE) dan pasangan. Tentunya Pak Hj Mahadi (9w2PHE) berasa lega kerana selesailah sudah majlis kenduri tapi 'kenara'nya belum tahu lagi...hehehe


Sama cantik sama padan, semoga berkekalan hingga akhir hayat.






Bersama rakan-rakan yang turut hadir, berkonvoi kalau tak salah 15 kerete semuanya.... Terima kasih Tn. Hj Mahadi.

AL-WALIMATUL URUS


Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada Tn. Hj. Mahadi (9w2PHE) yang bakal menerima menantu pada hari ini 29 Nov 2008 (Sabtu). Tahniah juga kepada anakanda beliau iaitu Hafizul Effendi (9w2HE) serta pasangan. Selamat menempuh alam berumah tangga.
Ribuan terima kasih diucapkan Tn. Hj. Mahadi (9w2PHE) kerana sudi menjemput kami sekeluarga. Insyaallah jika tiada aral melintang, sampailah kami sekeluarga ke sana.
Pagi esok kenalah monitor pengulang PARTS, tentu ada rakan-rakan yang nak berkonvoi ke sana boleh teman join sama.
p/s: tiap kali tengok pengantin atas pelamin, teringat masa teman bersanding dahulu...hehehe

Rabu, 26 November 2008

Alang-alang Menyeluk Pekasam.....




Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah sampai Batu Pahat.. kami meneruskan perjalanan ke Johor Baharu.
Tiga jentera bergerak bersama AGG 6110, WQW 9357, AFW 9854.


Bertemu dengan sedara 9w2JPT (Jamil) - di Johor Baharu


9w2NPT(Nizam) tak habis-habis SMS.










Sempat meronda di Danga Bay







Kluang RailCoffee-
Tempat persinggahan yang sangat klasik. Menurut rakan di Johor tak lengkap lawatan ke Johor jika tidak singgah minum di sini.



Tempat duduk yang amat terhad, siapa cepat dia dapat...


Nak gi Chamek ke Mengkibor


p/s: Menu utama kopi, roti bakar dan nasi lemak bungkus.

Singgah bermalam di Melaka Bandaraya Bersejarah.




Sempat juga eyeball dengan rakan-rakan di Melaka. Terima kasih Pak Lurah dan rakan-rakan.


p/s: Selamat Tinggal bumi Melaka dilain masa kita jumpa lagi... Sayonara

Selasa, 25 November 2008

JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR ke-24


Perasmian Jambori Antarabangsa Johor kali ke-24 telah disempurnakan oleh DYAM TMJ pada 16 November 2008. Satu peristiwa yang akan dikenang oleh semua warga Pengakap. Menjunjung Kasih Tuanku.




Pada 15 - 20 November 2008 yang lalu telah berlangsung Jambori Antarabangsa Johor, bertempat di Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor. Ini lah kali pertama teman menjejak kaki dibumi Johor ini, seperti bermimpi rasanya.
Peringkat awalnya Negeri Perak tidak dapat menghantar Kontinjen kerana kesuntukan masa. Hasil dari perbincangan bersama rakan-rakan di 'local land' Taiping. Kami bersetuju untuk ke sana walaupun hanya sebagai pelawat sahaja. Inilah yang dikatakan 'once a scout always a scout'.


Bergambar kenangan bersama rakan 9w2SLK- Najib and 9w2AYA.
Dengan ucapan "Jadi Jangan Tak Jadi"




Rakan-rakan 'local land' dari Taiping (9w2NPT, 9w2JPT, 9w2OPT, 9w2HPT, 9w2XPT, 9w2BPT, 9w2LKE dan swal Hafiz)




FAKTA :
Manara perasmian itu diberi nama Menara Pengakap Tanjung Laboh
Fungsi menara adalah sebagai menara peninjau, dan dijadikan mercu tanda jambori serta gimik perasmian pembukaan dan penutup Jambori Antarabangsa Johor ke-24 Tahun 2008
Disiapkan dalam tempoh 26 hari sahaja iaitu bermula pada 20 Oktober 2008
100% Original Hand Made...
Didirikan dengan tenaga kerja lebih kurang 15 orang krew kelana kem Negeri Johor
Ketinggian 40.8 meter dari tanah
Lebar 6.09 meter
Panjang 27.43 meter
Bahan digunakan lebih kurang 3,000 batang buluh
Tali yang digunakan lebih kurang 300 kilogram
Kos perbelanjaan RM25,000.00 sahaja

Model Menara Pengakap Tanjung Laboh ini telah dipersembahkan dan sebagai cenderahati kepada DYAM TMJ daripada PPM Negeri Johor

p/s : Tahniah kepada semua krew yang telah berjaya mendirikan menara ini.
"BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH"




Station Radio Amatur, Jambori Antarabangsa Johor.
Salam Contact Perdana terutama sekali kepada 9m2DA (Pak Deen) , 9w2LNT (Mar lina) , 9m2RT (Razif) , 9w2PCK (Choy) , 9w2MKZ (k-Rol) , YG5NIK (IFA from Batam), 9w2SLK (Najib) dan 9w2AYA. Antara rakan HEM yang sempat ditemui. 73




Antara menu makanan yang teman begitu teruja rasa masakannya. Masak Asam Pedas Ikan Pari dan Lontong Johor. (bila lah nak dapat rasa lagi masakan ini...)

Mercu Tanda Tanah Terselatan Benua Asia
(The Landmark For The Southernmost Tip Of Mainland Asia)






Mercu tanda yang tersergam indah ini dibina pada 2001 bagi menandakan kedudukan geografi Tanjung Piai yang unik iaitu "Tanah Terselatan Benua Asia".
Secara tepat lokasinya berada pada latitude 01 16 utara/ longitude 103 30.46 timur.
Ia dibina daripada gentian konkrit mesra alam berukuran 20m tinggi dan 10m lebar. Warna kelabu pada mercu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya bakau dan dataran lumpurnya.
Daun pelepah Paku Piai (Acrostichum Aureum) diukir dipermukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau disini.
Peta dunia yang terdampar menunjukkan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia, supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelancung.
















Tetapi malang sekali kami tidak dapat melawat ke penghujung Tanjung Piai kerana pelantar pejalan kaki yang dibina mengalami kerosakan dan sedang dalam pembinaan.




p/s: Apa pun teman rasa berbangga kerana menjadi antara rakyat Malaysia yang telah berjaya sampai ke Tanah Terselatan Benua Asia.