Isnin, 21 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2009

Keluarga kami

Keluarga Teman

Keluarga Adik-2 teman (Khusairi)

Keluarga Adik-3 teman (Khairil Akram)

Adik bongsu teman bersama Along

Di hari dan bulan yang baik ini, kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI , Maaf Zahir dan Batin. Sekiranya sepanjang persahabatan dan perkenalan kita, ada terkasar bahasa, terguris jiwa maaf dipinta. Diakhiri dengan kata-kata:
Biar kulit segelap ALMOND LONDON
Asal hati sesuci KUIH BANGKIT
Biar Iman sekental DODOL
Jangan senipis REMPEYEK
Biar jiwa selembut BAHULU
Asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA
Senyumlah semanis WAJIK
Agar lembaran yang disambut lebih bermakna
SALAM LEBARAN MINAL AIDIL WALFAIZIN..

Ahad, 13 September 2009

MENJUNJUNG KASIH TUANKU

Bersama Sdr. Ahmad Azam Shah -Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak

Hidangan santapan berbuka puasa



Sembahyang Isyak dan Trawikh di Balai Rong,


Menu santapan Makan malam



13 September 2009- Petang tadi bertolak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Bagi menyempurnakan undangan Raja Muda Perak - Raja Dr. Nazrin Shah di Majlis Berpuasa bersama NGO dan rakan-rakan Majlis Belia Negeri Perak , di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Teman bersama Sdr. Ahmad Azam Shah mewakili Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak.
p/s: Menjunjung Kasih Tuanku.

CUCI MATA DI BULAN RAMADHAN - MEMORY LANE





Kalau tak ke mana disini lah teman melepak... bukan cari apa pun, tapi kalau hari ahad tak ade ape keje kat sini le teman.
Sesuai dengan namanya "MEMORY LANE" , dengan motto "Singgahle Macam-macam ada... " dari barang yang sebesar-besarnya hinggalah ke skrw yang sekecil-kecilnya. Harga boleh runding punya, janji ada minat... Tepuk dada tanya selera.

p/s: Rakan radio ramai juga yang lepak kat sini... cari ape yeee...

Selamat Panjang Umur- MUHAMMAD SHAFIQ IZHAM (6 Tahun)



Harmonik teman bersama Opah mereka yang tersayang....

13 September 2009- Hari ini genaplah 6 tahun, harmonik teman yang ke-5 MUHAMMAD SHAFIQ IZHAM. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang solleh... AMIN

MAJLIS BERBUKA PUASA - PARTS

5 September 2009- Persatuan Penyiar Radio Amatur Perak (PARTS) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama tetamu "istimewa". Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin pada pukul 6.45 petang diikuti berbuka puasa, solat jemaah Maghrib dan Isya' dan Trawikh. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, tahniah kepada semua warga PARTS yang telah menjayakan majlis tersebut.










p/s: Terima kasih kepada rakan2, teman mintak izin cilok gambo, hehehe
Tetamu istimewa- Warga oku.

Rabu, 2 September 2009

PEDULIK APA AKU!!!

Budaya Melambangkan Bangsa.
Bangsa Melayu sememangnya kaya dengan adat dan budaya. Salah satu budayanya ialah membuka kasut apabila masuk ke dalam rumah. Sehinggakan ada cerita lawak dimana seorang Pak Cik yang datang dari kampung membuka selipernya apabila naik bas... bila sampai ditempat yang dituju... turun saja dari bas, jenuh dia cari selipernya tadi... dah tak ada!!!

Budaya membuka kasut banyak dipraktikan di sekolah, pejabat dan juga di setengah-setengah kedai. Kalau kat sekolah biasanya nak masuk pusat sumber, makmal komputer, pejabat dan setengahnya masuk tandas pun kena buka kasut (masuk tandas dengan seliper/trompah). Budaya ini memang bagus bila kena caranya... tapi biasalah bila dah buka kasut ..harum "semerbak" satu makmal. (bau stokin).

Masalahnya timbul, bila masa nak pakai kasut balik. Murid tahun satu dan dua ni selalu je tersalah sarung kasut. Tadi pakai kasut lain tiba tiba dia sarung kasut lain... maklum je lah dari jenama yang sama. Sebelah saiz 4 sebelah lagi saiz 5...


Kalau diperhatikan tidak ada apa yang pelik! Pakaian seragam sekolah rendah.. baju putih, kain atau seluar biru tua, stokin dan kasut semestinya putih.

Cuba perhatikan diantara tiga pasang kasut yang tersusun diluar Makmal Komputer ni....

Mak aiii!! penuh muka kasut dengan nama dan alamat kelas. Apa sal lak budak ni...
Bila ditanya kepada murid ni.. Selamba je dia cakap..." Mak kata takut nanti kasut hilang... kalau tulis camni tentu tak de orang amik"... Hehehe
P/S: Ini yang dikatakan ibubapa yang perihatin.. lantak apa orang nak kata, pedulik apa aku!