Jumaat, 31 Oktober 2008

Amateur Radio Reunion Day (ARRD 08)



Kepada rakan-rakan yang berminat untuk menghadiri program ini, bertempat di Beach Front Bungalow di Port Dickson, Negeri Sembilan. Dikendalikan oleh 9M2PD. Kepada yang berminat boleh membuat tempahan awal untuk penginapan hotel, chelet atau DIY (berkhemah).

Tarikh : 13 Dis 2008 (sabtu) hingga 14 Dis 2008 (ahad)
Tarikh tutup penyertaan : 8 Nov 2008 (300 penyertaan terawal sahaja)
Bayaran penyertaan:
RM 30.00 untuk setiap station termasuk swl
RM 10.00 tambahan untuk setiap ahli keluarga.
kanak-kanak dibawah umur 7 tahun adalah percuma.

Untuk keterangan lanjut sila layari: http://www.mares.org.my/

p/s : Teringin juga teman nak join, ada rezeki jumpa kita di sana.

Ahad, 19 Oktober 2008

CQ.. CQ.. CQ.. 9M1CSA - JOTA STATION PERAK STAND BY OVER





Baru-baru ini 17 - 19 Okt 2008, telah berlangsungnya Jamboree On The Air, atau ringkasnya JOTA adalah satu aktiviti komunikasi Pengakap menggunakan radio amatur. JOTA Dunia, yang diadakan setiap tahun dalam bulan Oktober, bakal disertai lebih 560,000 pengakap. Ianya merupakan perhimpunan terbesar para pengakap setiap tahun.Sejak tahun 1958, JOTA Dunia diadakan setiap tahun selama 2 hari iaitu pada hujung minggu lengkap kedua dalam bulan Oktober.


Pada tahun tahun ini PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PERAK mengambil peluang turut serta secara rasminya. Dengan menggunakan callsign 9M1CSA, Station Jota Perak bertempat di Caravan Park, Taman Tasik Taiping.




9M2AGC- Cikgu Azlan

menaikkan antena

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, semoga berjumpa lagi ditahun hadapan. Terima kasih rakan.


tapak perkhemahan, sungguh nyaman dan menyegarkan....moga ketemu lagi di JOTA 2009

p/s: 9w2yzu kak yung, kita copy gambo, boleh yeeee..